Wednesday, January 31, 2018

Resepi Mudah Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsi resepi Spaghetti Bolognese version Seorang Zharif. Spaghetti Bolognese version aku sedikit berkuah berbanding spaghetti yang ada dekat luar sana tu. Sebab aku prefer sos bolognese berkuah. Barulah umphhh makan dengan spaghetti tu. Untuk kelainan kali nie, aku menggunakan spaghetti daripada Secret Barn.

Apa yang bezanya spaghetti keluaran Secret Barn nie ialah spaghetti itu sendiri mempunyai perisa. Aku cuba rasa spaghetti berperisa black pepper sebab teringin sangat nak tahu macam mana lah agaknya makan spaghetti yang punya perisa nie. Selalunya kita makan spaghetti kosong je kan ? Kali nie aku try gunakan spaghetti berperisa pulak.


Senangnya nak masak spaghetti nie. Campak-campak je dah siap.

Bahan-bahan :

1. Bawang merah (1 ulas)
2. Bawang putih (2 ulas)
3. Cili (Mengikut tahap kepedasan yang korang nak)
4. Minyak (Untuk menumis)
5. Cendawan Enoki
6. Sosej (Whatever brands dont mind, it will do the justice anyway)
7. Sos Bolognese (I prefer Kimball coz it's cheap, any brands will do. Up to you)
8. Sos cili (2 sudu besar)
9. Daun ketumbar (Suka hati nak banyak mana)
10. Oregano
11. Spaghetti Black Pepper from Secret Barn

Penyediaan spaghetti :

1. Panaskan periuk. Pastikan air dia banyak sehingga mampu tenggelamkan kesemua spaghetti.
2. Masukkan spaghetti bila air betul-betul menggelegak.
3. Titikkan 3-5 sudu minyak dan taburkan satu sudu garam
4. Masak sehingga spaghetti tu lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit macam tu.
5. Lepas dah lembut, toskan spaghetti dan buang air nya.
6. Air rebusan jangan buang semua, tinggalkan dalam satu cawan untuk digunakan membuat sos.

Cara-cara membuat sos :

1. Bawang merah, bawang putih, cili dipotong dadu/dihiris halus
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam kuali.
3. Lepas naik bau, masukkan sosej. Goreng sampai hampir masak.
4. Tuangkan sos spaghetti. Masukkan sos cili.
5. Masukkan cendawan enokki dan taburkan oregano dalam sos.
6. Tambahkan air lebihan rebus spaghetti dalam satu cawan kecil.
7. Masukkan daun ketumbar. Lagi banyak, lagi sedap.

Dah siap. Boleh lah makan bersama keluarga. Satu paket spaghetti nie boleh serve 5-6 orang (Bergantung berapa besar portion yang korang makan). Memang mudah sangat nak masak spaghetti nie.


Pasta berperasa black pepper dari Secret Barn nie bagi aku sangat unik. Sebab jarang jumpa pasta yang berperisa di pasaran. Perasa yang ada pada spaghetti nie menambahkan lagi kesedapan sos spaghetti yang aku masak tu. Dah lah sos spaghetti aku masak tu sedap, tambah pula menggunakan pasta berperasa dari Secret Barn, makin bertambah-tambahlah sedapnya.

Rasa pasta nie tanpa letak sos spaghetti, rasa dia macam bihun sup PAMA. Rasanya lebih kurang macam tu. Rasa black pepper agak kuat. So agak sedikit pedas. Pedas black pepper. Bukan pedas makan cili.

Kalau korang nak cuba spaghetti berperisa dari Secret Barn nie, boleh lah order through Instagram, Facebook, website Secret Barn atau call je terus. Boleh dapatkan detail nya di bawah.

SECRET BARN

Address : Kedah Halal Park, 08000 Sg Petani, Kedah Darul Aman
Tel : +604-444 6636


Terdapat 3 jenis pasta yang dikeluarkan oleh Secret Barn : Original, Black Pepper, Garlic

1 pack : RM 9.90
Promosi 3 packs : RM 20

Promosi nie valid sampai bulan Mei 2018. Rugi kalau tak cuba. Rasa dia lain daripada yang lain.

14 comments:

  1. Suka juga dengan spegheti ini, sentiasa ada simpan stock sos dan pasta nya. Mana tahu Ada tetamu jauh yang datang mengejut.

    ReplyDelete
  2. Bestnyer. Saya suka buat banyak2. Lepas tu freeze. Sampai ofis panaskan pakai microwave. Jimat..huhu

    ReplyDelete
  3. Herbs pasta menarik tu. Siap perasa! Insha Allah boleh cuba. Eh dari segi kualiti pembuatannya, kenyal ke al dente. Lama dah tak buat pasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis al dente. Still boleh rasa firm dia

      Delete
  4. Haha aduhh kelakar la suara dalam video tu. Zharif guna apps apa utk edit video tukar suara & masukkan sound effect tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie maker je Emi. Suara tu just cepatkan duration video je. Nanti automatik suara jd robot mcm tu. Untuk sound effect plak, zharif download audio dekat youtube then masukkan je time edit video tu.

      Delete
  5. First time dgr pasta black pepper dan garlic.mesti sedap sbb ada rasa lebih dr pasta sendiri

    ReplyDelete
  6. Wow... nampak sedap dan unik spaghetti ni. Makan gitu je pun dah ada rasa... Hehe.. Nanti saya nak cuba juga

    ReplyDelete
  7. wahh first time tengok pasta herbs black pepper ni , kena cari la lepas ni

    ReplyDelete
  8. Rajinnya masak... sape yg suka sphagetti ni pasti suka... mudah nampak nak buatnya...

    ReplyDelete
  9. Wah pndai ya masak...
    Lelaki kalau pndai masak ni selalunya cerewet bab2 mkanan...betul tak?
    Sebab tekak korang biasanya power

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ! hahahaha
      agak sedikit cerewet bab makan tapi saya makan semua benda. Huhu

      Delete
  10. bagusnya. lelaki masak mesti lagi sedap. hihi

    ReplyDelete

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...