Tuesday, February 20, 2018

Meet & Greet Shila Amzah @ Asyikin Exclusive, Setapak Central

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan pergi ke Setapak Central untuk menghadiri satu event Meet & Greet Bersama Shila Amzah sempena pembukaan cawangan terbaru butik Asyikin Exclusive di Setapak Central.


Restoran Johor Riau Pontian Johor Terbaik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebaik sahaja selesai lawatan kami ke Pulau Kukup, kami singgah sebentar ke Restoran Johor Riau untuk makan tengahari sebelum meneruskan ke Tanjung Piai. Tanjung Piai dan Restoran Johor Riau tidak berada jauh, lebih kurang dalam 5-10 minit perjalanan. Sangat dekat !


Monday, February 19, 2018

Taman Negara Johor : Pulau Kukup & Tanjung Piai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan pergi ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai yang terletak di Johor. Ini merupakan pengalaman pertama aku sampai ke dua tempat ini. So aku nak cerita apa yang menarik terdapat di sini.

Pulau Kukup

Setelah bersarapan pagi, kami terus menuju ke jeti untuk ke Pulau Kukup. Pulau Kukup ialah sebuah pulau paya bakau yang terletak 1km dari jeti perkampungan lama nelayan Kukup, daerah Pontian Johor.


Friday, February 16, 2018

New York Steak Shack Kini Sudah Diiktiraf HALAL oleh JAKIM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Akhirnya, jejakkan kaki juga aku ke restoran New York Steak Shack nie. Selama hari nie, kalau jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya tu, cuma mampu hai-hai je. Masuk nya tak pernah. Takut. Bukan takut apa, takut harga dia mahal. Maklumlah, makanan daging-daging steak nie kategori makanan mewah bagi aku. Harga pon, sudah pasti tinggi. Itu apa yang ada dalam mind set aku lah. Tapi ternyata . . . . . .


Tuesday, February 13, 2018

Aloha Hotel, Pontian Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang berada sekitar Pontian dan tercari-cari hotel yang selesa, boleh consider Aloha Hotel yang terletak di Pontian Kechil Johor ini sebagai pilihan. Hotel tiga tingkat yang mengandungi 48 bilik pelbagai jenis ini sudah pasti menjadi pilihan tepat buat mereka yang mengutamakan keselesaan tapi dalam masa yang sama tidak mencederakan poket anda.


Wednesday, February 7, 2018

Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 26 January yang lalu, aku berkesempatan berkunjung ke Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) yang terletak di Sungai Udang, Melaka. Satu lagi destinasi yang aku tak pernah lawati sebelum nie. Alhamdulillah diberi kesempatan berkunjung ke tempat ini. MTFF merupakan satu tempat di mana pengunjung berpeluang untuk memetik pelbagai buah-buahan tempatan yang terdapat di sini.


Friday, February 2, 2018

Travelogue South Perak : Full Itinerary And Sponsors

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, pada bulan December tahun lalu, aku telah dijemput oleh Travelogue Malaysia untuk sama-sama mengikuti mereka meneroka kecantikan dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Perak. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju. Dan ternyata, ia memberikan banyak kenangan manis buat aku.


Since aku update entri berterabur dan tidak mengikut turutan masa, jadinya aku khaskan entri nie untuk susun itinerary penuh sepanjang travelogue South Perak berlangsung.

Wednesday, January 31, 2018

Resepi Mudah Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsi resepi Spaghetti Bolognese version Seorang Zharif. Spaghetti Bolognese version aku sedikit berkuah berbanding spaghetti yang ada dekat luar sana tu. Sebab aku prefer sos bolognese berkuah. Barulah umphhh makan dengan spaghetti tu. Untuk kelainan kali nie, aku menggunakan spaghetti daripada Secret Barn.

Apa yang bezanya spaghetti keluaran Secret Barn nie ialah spaghetti itu sendiri mempunyai perisa. Aku cuba rasa spaghetti berperisa black pepper sebab teringin sangat nak tahu macam mana lah agaknya makan spaghetti yang punya perisa nie. Selalunya kita makan spaghetti kosong je kan ? Kali nie aku try gunakan spaghetti berperisa pulak.


Monday, January 29, 2018

XPDC & CROMOK Bakal Menggegarkan Pentas MAEPS Serdang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita gembira buat mereka yang menggemari muzik heavy metal. Dua band heavy metal popular tanah air iaitu XPDC dan juga CROMOK bakal menggegarkan pentas MAEPS Serdang kerana mereka akan mengadakan Konsert Metal Legends Live pada 3 Februari ini.


Saturday, January 27, 2018

Seharian Menjelajah Ipoh Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bandaraya Ipoh merupakan sebuah bandaraya besar yang penuh dengan tempat-tempat menarik. Ipoh jugak sangat terkenal dengan kepelbagaian makanan-makanan yang tular di sosial media. Tapi bukan makanan yang aku hendak kongsikan kali nie, tetapi tempat-tempat menarik yang korang kena lawati sekiranya bertandang ke Ipoh Perak. Apakah tempat-tempat itu ? Jom terjah !

Ipoh OldTown White Coffee


Thursday, January 25, 2018

Membeli Tiket Flight Air Asia Murah dengan Traveloka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang suka melancong dekat sini ? Aku pasti, semua orang suka melancong. Baik dalam negara mahupon ke luar negara. Betul ke idokk ? Sekarang dah mudah dah uolss. Syarikat penerbangan kos rendah banyak. Nak pergi mana, cakap je. Tapi pilihan aku haruslah AirAsia. Sebab AirAsia selalu menawarkan tambang terlajak murah.

Walaupon sudah 2 tahun berlalu, tapi pengalaman bercuti bersama 3 kesumat ke India menaiki AirAsia Airlines, paling tidak dapat dilupakan. Sebanyak 9 buah negeri di India kami jelajah sepanjang 2 minggu berada di sana. Banyak kenangan manis kami di sana. Bila boleh repeat lagi nie guys ?

3 kesumat di India. Boleh ikuti perjalanan kami bertiga dengan klik INDIA di ruangan label bahagian kanan anda

Berpeluang Memenangi Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Manchester UK dengan DASHING

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orang kata, lelaki dan bola sepak memang tak dapat dipisahkan. Tapi, korang boleh pisahkan aku dengan bola sepak. Bukan lelaki kah aku ? Hahahahaha. Tapi sungguhlah, bola sepak memang menjadi satu fenomena yang sangat besar dan tak dapat dipisahkan buat peminat-peminat bola sepak. Baik yang tua, yang muda mahupon yang belum lahir. Eh ko gila ?


Sunday, January 21, 2018

Meneroka Tempat Menarik di Tanjong Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Daerah terakhir Travelogue South Perak adalah daerah Tanjong Malim. Sebagai seorang graduan UPSI yang baru sahaja berkonvo tahun lalu, Tanjong Malim held a special place in my heart. So kali nie, aku datang sini bukan sebagai seorang pelajar, tapi sebagai media untuk meneroka apa yang menarik di sekitar Tanjong Malim nie. Jom terjah !


The Haven Resort Hotel - Resort Hotel 5 Bintang Yang Mengekalkan Nilai Estetika Alam Semulajadinya

Assalmualaikum dan salam sejahtera

Destinasi pertama Travelogue South Perak ialah The Haven Resort Hotel. Kami bermalam di The Haven selama 2 malam. Memang syok gila lah ! Bukan selalu dapat bermalam di tempat-tempat mewah macam nie. Hihi


Friday, January 19, 2018

REFARM - Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Destinasi Travelogue South Perak yang aku nak ceritakan kali nie sangat menarik. Kalau macam tempat-tempat sebelum nie, walaupon aku tak pernah pagi tempat tu, tapi nama tempat tu aku tahu dan pernah dengar. Tempat yang aku lawati kali nie, sangat menarik tapi serious aku tak pernah tahu kewujudan tempat nie. Bahkan nama pon tak pernah dengar.


Sunday, January 14, 2018

Scaling dan Polishing di Dentessence Dental Clinic

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku berkesempatan datang ke Dentessence untuk buat rawatan gigi. Kehadiran aku ke Dentessence disambut mesra oleh staf front desk. Seperti biasa, aku mengisi maklumat apa yang patut sebelum mendapatkan rawatan. Sudah lama sangat aku tidak buat rawatan gigi. Ketika ditanya bila kali terakhir membuat rawatan gigi, aku terdiam. Sebabnya memang dah lama sangat aku tak buat rawatan gigi. Aku pasti, jikalau soalan ini ditujukan buat korang, korang juga akan terpinga-pinga memikirkan bila.


Saturday, January 13, 2018

Bercuti 2H1M di Felda Residence Hot Springs, Sg Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie kami berada di Felda Residence Hot Spring yang terletak di Sg Klah Perak. Kedatangan kami disambut mesra dari staff-staff di sini. Dapat complimentary drink lagi. Memang kena sangat lah. Dapat air manis yang sejuk dikala matahari tegak di atas kepala. 

Thursday, January 11, 2018

Istiadat Konvokesyen UPSI ke-19, Hari Bahagia Seorang Zharif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

26 Oktober 2017, merupakan hari yang penuh bersejarah buat diri seorang Zharif, di mana pada hari itu merupakan hari konvokesyen aku. Hari yang aku tertunggu-tunggu setelah sekian lama habis belajar. Officially habis pada bulan February 2017. Actually lebih awal daripada tu. Rasa dah habis belajar saat hantar draft akhir thesis pada awal December 2016. So agak sedikit mereput nak tunggu tarikh konvo ini tiba. Bila diumumkan tarikh dan sesi, agak kecewa sedikit, sebabnya dapat hari dan sesi paling akhir sekali.

Thank you Syira for this screenshot ! Really appreciate it

Sunday, January 7, 2018

Pak Awang Mee Hailam Gearbox Terbaekk !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pak Awang Mee Hailam Gearbox yang terletak di Slim River Perak ini menjadi bualan ramai kerana gearbox nya yang fresh dan bersaiz besar pada harga yang sangat berpatutan. Pelanggan-pelanggannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia, baik dari utara mahupon dari selatan. Semua pasti akan singgah makan Mee Hailam Gearbox sekiranya berada di kawasan sekitar sini. Mee Hailam Gearbox merupakan signature dish di kedai makan ini.

Tengok sahaja saiznya. Nyummm !

Saturday, January 6, 2018

RISDA Eco Park, Ulu Slim Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu lalu, aku berpeluang pergi ke RISDA Eco Park yang terletak di Ulu Slim Perak bersama dengan team Travelogue Malaysia. Aku dimaklumkan bahawa kami akan melakukan banyak aktiviti lasak seperti flying fox, water rafting dan sebagainya di sini. Jadi aku sangat-sangat teruja detik ini untuk tiba !


Thursday, January 4, 2018

Kapal Korek Bijih Timah Terakhir Di Malaysia (TT5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) merupakan lokasi di mana tersimpannya kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Kapal korek ini dahulu digunakan sebagai medium untuk mendapatkan bijih timah.

Tahukah anda, suatu ketika dahulu Malaysia sangat terkenal dengan perlombongan bijih timah ? Aku pasti semua orang tahu fakta itu. Perak merupakan lubuk bijih timah. Semasa zaman kenaikkannya, Perak telah menjadi sangat terkenal dengan hasil mineral ini sehingga penjajah England datang menjajah negara kita untuk mengeksploitasi hasil mineral ini.


Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...