Thursday, November 16, 2017

Makan Malam Romantik di Restoran Berputar, Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL

Assalamualaikum and good day everyone !

Kepada mereka yang sedang mencari tempat istimewa untuk makan malam yang ekslusif dan romantik, tidak kira lah bersama yang tersayang ke, mahupon keluarga tercinta. Aku nak cadangkan satu tempat makan yang aku rasa sangat sesuai untuk meraikan orang-orang yang kita sayang. Tempat makan itu ialah sebuah restoran berputar yang bernama Bintang Revolving Restaurant di The Federal Hotel Kuala Lumpur.



Suasana yang romantik dan ekslusif, sudah pasti menjadi tempat yang istimewa untuk kita meraikan detik-detik indah bersama orang yang tersayang. Okay, stop. Lets get real. Penat lah rangka ayat skema ayam begini. Hahahahaha

Alhamdulillah diberikan kesempatan 2 minggu lalu, untuk aku mencuba menu-menu yang dihidangkan di restoran berputar nie. Ye, memang berputar. Korang tak percaya ? Cuba tengok video bawah nie kalau tak caye.

A post shared by Blogger (@marou_apple_hijau) on
Credit : @marou_apple_hijau (http://budakbandunglaici.blogspot.my/)

Now dah percaya ? Memang best lah dapat makan-makan sambil melihat pemandangan sekeliling KL. Dan yang paling penting dapat melihat dua menara ikonik negara, iaitu Menara Kuala Lumpur dan juga Menara Berkembar Petronas. Yang ada motion sickness tu, jangan lah risau, dia bukan lah berputar 90-km per hour. NO. Ko gila dia berputar laju macam tu. Nak suap makanan ke mulut sendiri kang tersuap ke orang sebelah. Terus orang sebelah jatuh cinta. Tibahhh !

Aku difahamkan, satu putaran lengkap mengambil masa lebih kurang 45 minit. So tak adalah laju sangat. Kura-kura pon laju lagi rasanya. Nak bandingkan dengan siput kang over sangat pulak lembab dia. Lol.


Bintang Revolving Restaurant dibuka secara rasmi pada tahun 1963 dan ia merupakan restoran berputar pertama di Malaysia. Era 60-an Malaysia dah ada restoran berputar tau. Maju sungguh Malaysiaku. Malaysia boleh ! Restoran ini dibuka jam 5 petang sehingga 12 tengah malam dan menyajikan hidangan-hidangan barat yang maha enak.

A post shared by Wui Kathy (@wuikathy) on

Bintang Revolving Restaurant terletak di tingkat 18 di Federal Hotel KL. Seperti yang aku sudah maklumkan sebelum nie, Federal Hotel KL merupakan hotel mewah bertaraf antarabangsa pertama yang dibina di Malaysia. Ia dibuka 3 hari sebelum kemerdekaan negara kita. Ye, 3 hari sebelum. Maksudnya, Federal Hotel nie usia dia sama dengan tahun kemerdekaan negara kita, Malaysia.

Sekarang, mari kita tengok sajian-sajian yang dihidangkan untuk kami pada malam tu.


Sejujurnya, aku tak tahu nak bezakan salad sedap dan tak sedap macam mana, sebabnya bagi aku, salad semuanya mempunyai rasa yang sama. Apa rasa dia ? Rasa sayur segar. Yang pasti, dua-dua pinggan tu habis. So aku rasa, boleh kot cakap salad nie sedap. Anyway, Avocado Crab Meat salad was good. Simply because i love crab. Recommended !



Wild Mushroom Soup dia oh em geeeeeeeeeee sangat sedap ! Seriously sedap sangat. Rasa sangat bercendawan. That doesnt sound right. Haha. Gabungan 3 jenis cendawan yang dikisar menghasilkan rasa sup cendawan yang maha enak tiada tandingan. Sedap gila, arghhh nak lagi !


Provencal Creamy Lobster Bisque pula rasa dia agak sedikit masin dan aku tak berapa nak fancy sangat dengan rasa dia. Mungkin disebabkan Wild Mushroom Soup tu terlampau sedap, jadi sedikit sebanyak ia menenggelamkan rasa sedap Creamy Lobster Bisque nie. Mungkinlah.


Penggemar daging kambing wajib cuba Grilled Mustard Rack of Lamb nie. Daging yang dimasak secara medium rare ini ternyata sangat juicy dan lembut. Sangat rapuh di mulut. Gituee. Over tau nak describe kelembutan daging dia.

*Tepuk kepala sendiri*


Manakala Chicken Maryland pula, rasa dia okay. Portion dia pon besar dan aku rasa sos dia yang menambahkan lagi keenakan dia. Sos dia sedap. Recommended !


This Salmon Fillet dish tasted wonderful with the sauce. I just wish that they give us more sauce coz it was not enough, at least for me. Anyway, you guys should give it a try. It's salmon anyway. Who doesn't love salmon ? Duhhhh.


Sekarang kita beralih ke hidangan seterusnya, iaitu Spaghetti with Prawn Creamy Salted Egg. I thought this will be the winning dish of the night. Simply because i love prawns so much. You have no idea. Tapi agak sedikit kecewa di mana rasa daun kari tu over power the whole taste. Mungkin kalau kurangkan sedikit daun kari dalam tu, rasa dia akan jadi lebih baik. I don't know. This is my humble opinion about this dish. Rakan blogger yang lain, rata-rata amat menggilai rasa hidangan ini. Maybe it's just me. Jadi korang kena datang sini and rasa sendiri. Promise ?


Annddddddd the winning dish of the night goes to Charcoal Chicken Burger Deluxe !!! Sumpah sedap gila. Sangat berdaging dan sangat-sangat puas hati. Saiz dia agak besar. Korang wajib cuba burger nie tau. If they add spiciness to the burger, i would love it even more. Anyway, even without the spiciness, its already win my heart. Big love !

For the dessert, silly me, I dont have the picture. It was a doughnut with single scoop ice cream and chocolate topping. Memandangkan banyak hidangan enak telah disajikan pada malam tu, jadi i have a high expectation on the dessert because dessert is the climax. Unfortunately, the dessert doesn't do me so much. It was just okay.


Inilah chef disebalik hidangan-hidangan yang maha enak di Bintang Revolving Restaurant nie. Terima kasih Chef Latiff kerana menyediakan hidangan-hidangan untuk kami pada malam itu.

Jadi macam mana ? Jadi tak, kita nak candle light dinner dekat sini ? Tibahhh !


Korang yang tengah baca tu, tak perlu runsing-runsing lagi nak cari tempat yang romantik untuk makan malam. Jawapan dah ada depan mata. Bintang Revolving Restaurant lah tempatnya. Restoran nie boleh memuatkan seramai 160 orang dalam satu masa dan korang boleh pilih untuk memilih set 2 hidangan ataupon set 4 hidangan, atau pilih je hidangan secara ala carte. Cepat buat tempahan meja sekarang dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah =)

BINTANG REVOLVING RESTAURANT

Level 18, The Federal Hotel Kuala Lumpur
(Berhampiran Berjaya Times Square & Low Yat)
Waze : Federal Hotel KL

Tel : 03-2148 9166

Dibuka setiap hari, jam 5 petang sehingga 12 tengah malam

Malam tahun baru paling meriah sebabnya korang boleh menyaksikan dengan jelas kemeriahan bunga api di Kuala Lumpur. Shall we ?

4 comments:

  1. So, the prices are quite affordable. Bolehlah pergi lepas ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Farah jangan x pergi. Bawak satu keluarga datang sini 😉

      Delete
  2. Pergghhh.... memang membuka selera betul..

    ReplyDelete
  3. alaa bestnyaa.. ni romantik abis ni kalau makan kat sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...