Thursday, June 1, 2017

5D4N SABAH TRIP - PART 1

Assalamualaikum and good day everyone !

2 bulan dah tak berblogging. So here is my new update about my 5 days 4 nights trip to Sabah. Actually trip nie kira last minute jugaklah. This was supposedly another percutian of 3 kesumats. Tapi Adi kesumat tak dapat join pulak last minute. Memandangkan aku dengan Faries dah beli tiket flight, takkan nak cancel gitue je, ye dakk ?? So kami berdua jelah yang meneruskan percutian nie. Hihi.

28 April 2017 - DAY 1



Flight kami jam 6.30 pagi. Malam tu kami berdua tidur dekat KLIA2 sebabnya jam 3.30 pagi dah boleh check in bag. Perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih. So by 9.30 pagi kami sampai di Kota Kinabalu. Time tengah syok ambik gambar depan airport nie, tiba-tiba kami didatangai 3 anggota polis/askar or whatsoever yang lengkap bersenjata. Ingat dia nak tahan kitorang or kitorang ada buat silap ke apa kan. Rupanya dorang nak ajak bergambar.

Ko ghase ???


Kami pon terus call penyewa kereta untuk sewa kereta. Kitorang tak tempah apa-apa pon untuk datang sini. Semua buat on the spot. Nasib baik ada kereta untuk kitorang pagi tu. Kami sewa kereta dari penyewa yang dikenali sebagai Ryan penyewa kereta. Ada je kedai dalam airport yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta, tapi harga dia mahal siak.

Bayangkan erk, harga sewa untuk sehari je dah mahal (compare to penyewa luar), dorang siap ada cas tambahan insurans and gst sekali. Ko ghase ?? And kalau tak silap, ada deposit sekali. So memang tak recommend lah untuk sewa dari kedai dalam airport KK nie.

Kami sewa Perodua Axia untuk 5 hari dengan harga RM400 je. Takde deposit-deposit or any other cas tambahan. Mulanya abg tu cakap harga RM500. Terkejut jugak sebab masa buat research, akak tu sewa RM400 je. So korang kena bijak. Ikut tips aku nie. Korang cakaplah dekat abg tu "Kawan saya recommend sewa kat abg. Dia sewa kereta Axia nie harga 400 je." Confirm abg tu akan bagi. Hihi

All the details about penyewa kami nie ada di bawah sekali, keep on reading

Abg tu kemudian bawak kami ke car wash sebab tiap kali dia bagi customer pakai, dia cuci dulu kereta tu dekat car wash (ye kot). Kami pon dapatlah kereta tu selepas siap dicuci.

Kami pon start bertolak menuju ke Kundasang lepas dapat kereta tu. First stop kami was Rumah Terbalik. On the way nak ke Kundasang memang akan lalu depan Rumah Terbalik nie, so kami pon singgah lah sini.




Maaf yer, tak dibenarkan ambik gambar dalam rumah terbalik tu. Tak tahu pasaipa depa tak benarkan. Yang pasti, semuanya memang terbalik. Barang paling berat yang terbalik adalah mesin jahit dalam rumah tu. Seriau betul tengok. Takut jatuh atas kepala. Yang ada anak tu, mohon awasi anak anda yer. Takut-takut dorang pi tarik benda-benda yang terbalik tu. Huhu


Selain menjelajah rumah tu, ada juga muzium 3D. Kitorang tak masuk pon. Nak masuk Muzium nie pon kena bayar. Since ianya hanya sekadar benda-benda 3D untuk stok-stok bergambar, so kitorang malas nak masuk. Lagipula, masa nie memang panas lit-lit. Dengan lapar tak makan lagi. Perghhh !

Lepas habis jelajah Rumah Terbalik nie, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Nak on the way ke Kundasang nie, korang akan melalui satu lagi tarikan iaitu Jambatan Tamparuli. At first masa lalu jambatan tu, aku rasa macam "Apa yang popular sangat jambatan Tamparuli nie, nampak biasa je".

Rupanya kan weyh, aku tersilap jambatan. BHAHAHAHAHAHAHA

Yang aku lalu tu jambatan baru untuk pengguna lalu. Jambatan Tamparuli yang popular tu jauh lebih indah. Aku akan tunjukkan Jambatan Tamparuli nie nanti sebab kami singgah Jambatan Tamparuli nie sebelum pulang ke Kota Kinabalu. So dengan perasaan yang konfius melihat Jambatan Tamparuli yang salah tu, kitorang meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Jalan dia perghhhh ! Macam nak pergi Cameron Highland guna jalan lama tu. Terpusing-pusing macam ular kena palu and sangat curam. Takut weyhhhh. Kalau ada lori depan kereta korang, memang mereput lah nak tunggu jalan ada dua lane baru dapat potong. Kalau tak, selagi tulah ko kena membontoti lori-lori muatan berat yang lembab itu.

Buah lemak manis 

Kami sampai Kundasang dalam jam 2 petang macam tu. Terus cari tempat untuk makan. Lapar gila ! Then kami singgah kedai-kedai tepi jalan around tempat makan tu untuk tengok apa yang dijual. Banyak buah-buah yang aku tak pernah nampak dekat semenanjung nie. Atau mungkin, cuma ada di tanah borneo sahaja. I dont know. Salah satunya yang aku beli ialah buah lemak manis. Boleh tahan sedap rasa dia. Berlemak-lemak gituee. Tak tahu nak describe macam mana. Kena try sendiri baru tahu rasa dia macam mana.

Tak sempat rasa

Then kami start cari tempat penginapan sekitar Kundasang nie. Memang banyak sangat option. Merata kiri kanan ada tempat penginapan. Tinggal pilih je nak mana. Untuk kami, of course nak yang paling murah, maka kami telah memilih untuk menginap di Kundasang Inn Hotel. Kundasang Inn nie terletak di jalan untuk on the way menuju ke Desa Dairy Farm.





Lepas dah check in, kitorang pon membersihkan diri and berehat sebentar untuk meneruskan penjelajahan di Kundasang. Kami terlebih tidur pulak masa tu. So bila bangun tu macam dah lewat petang. Tapi gigih jugak nak keluar sebabnya masih lagi sempat. So petang tu, kitorang jalan-jalan di sekitar Kundasang. Masa nie langit mendung and hujan rintik-rintik. Tapi sekejap je hujannya. Nasib baik lah. Kalau tak, buat penat je setting rambut bagi on fleek.


Tak banyak boleh buat bila dah petang-petang nie. We saw this kobis yang sangat menarik perhatian, so kitorang park kereta tepi jalan and ambik gambar dekat situ. Tugu Kobis nie berada di tengah-tengah roundabout yer kawan-kawan. Jadinya hati kena kental bila nak ambik gambar kat sini sebabnya kereta banyak lalu-lalang. Hihi


Dalam jam 5 petang macam tu, kami singgah ke Kinabalu Park World Heritage Site. Ingatkan dah tutup, rupanya masih buka. So lepas dah bayar tiket masuk, kami terus memandu ke atas bukit tu. Serious seram gila. Bukan sebab curam ke apa. Tapi sebab sunyi dan berkabus tebal gila. Tak nampak jalan padahal masih lagi siang. Seriously seram. Sunyi. Nak keluar kereta untuk ambik gambar pon takut. Jalan dipenuhi kabus tebal. Memang tak nampak apa-apa pemandangan sekeliling. Even kat tebing bukit tu, tak nampak apa. Nampak kabus je. Tak lama kami di situ, adalah satu keluarga naik kereta datang situ. Kami pon rasa lega lah. At least kami tak keseorangan.


Kitorang pandu lagi untuk naik lagi ke atas. Makin seram weyhhhh !! Kami berada di tempat di mana para pendaki memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Orang situ bagi tahu macam tu so percaya jelah. Honestly, aku tak tahu Gunung Kinabalu terletak dekat mana. Hahahahaha

Pelik tau, dekat Sabah nie, jam 6 petang dah start nak gelap. Patutlah waktu buka puasa awal. 6 lebih dah gelap. Turun dari tempat tu kami terus singgah makan dekat KFC. Sebab kami tak tahu nak makan dekat mana. Then terus balik hotel and tido untuk bangun pagi-pagi besok. Seriously weyh, time dekat Sabah nie, jam 5 pagi aku dah terbangun sendiri walaupon aku tak set alarm. Pelik.

29 APRIL 2017 - DAY 2



Aku tawaf satu Kundasang tu untuk cari room rate yang murah. Akhirnya Kundasang Inn yang kitorang pilih sebab sesuai dengan bajet kitorang. RM 100 untuk hari minggu dan public holiday, Manakala hari biasa RM 80. So okay lah. Bilik kitorang tak ada air conditioner pon, tapi sejuk dia macam pakai air conditioner. Hahahaha



Lepas dah check out dari hotel, kami start cari sarapan dulu untuk alas perut. Lepastu baru kami gerak pergi Desa Dairy Farm yang ada lembu Dutch Lady hitam putih tu. Tempat nie dibuka jam 9 pagi. So agak sedikit mereput menunggu waktu pembukaan tempat nie sebab kami datang awal.


Tiket masuk berharga RM5 je. Semua tiket-tiket masuk dekat Sabah nie sangat murah and affordable.



Lembu-lembu kat sini, i would say sangat bijak. Tak tahulah perkataan apa yang sesuai selain bijak. Coz you know what, pekerja-pekerja kat sini tak perlu nak arahkan dorang untuk diperah susu. Dorang sendiri yang datang beratur and volunteer untuk diperah susu. Awesome gila !

Dorang datang je terus beratur and buat seperti posisi di atas. So pekerja tu tinggal sumbat this one machine untuk perah susu dorang. Terkesima aku tengok kebijaksanaan lembu-lembu di sini.



Selain itu juga, pelancong-pelancong yang hadir juga boleh memberi makan kepada anak-anak lembu yang terdapat di sini. Susu dengan rumput tu korang kena beli dekat kaunter, harga dia RM2.50 je.


Sungguh lahap anak-anak lembu kat sini. Dahlah comel-comel. Dah bagi sekor, yang lain pon nak jugak.




Banyak lembu-lembu hitam putih nie dekat sini. Semua besar-besar saiznya.



Dah datang sini, jangan lupa makan ais krim gelato nie. Ada orang tu menggedik tak nak beli perisa yang sama. Aku memang tak suka susu putih so memang aku tak gemar gelato putih tu. Merasa lah jugak sesenduk and euuuuuu ! Memang tak nak rasa lagi dah. End up tak habis. Membazir je. Yang penting, perisa coklat tu sedap !! So beli perisa coklat je tau. Hahahaha


Pemandangan di sekitar Desa Dairy Farm nie sangat indah. Memang feeling macam dekat luar negara betul. Memang cantik untuk bergambar. Dia tak ada lah panas sangat and tak adalah sejuk sangat. Ala-ala je.


And time nak balik tu nampak pulak seekor lembu kat sini, so park tepi jap and ambik gambar. Lembu nie berhingus, aku syak dia sakit. So dia tidak dicampur dengan lembu-lembu lain. Dia duduk sorang-sorang je. Kesian betul.



So kembali semula ke pekan Kundasang. Kami singgah ke Kundasang War Memorial. Bayaran masuk RM2 je. Tak ada apa pon dalam nie, cuma banyak tempat menarik untuk bergambar jelah.



To be honest, aku tak tahu apa penceritaan di sebalik memorial nie. Aku terlampau malas nak baca. Masa nie dah start panas lit-lit. So aku ambik-ambik gambar je kat sini.




Habis jelajah Kundasang War Memorial tu, kami singgah Nasi Ayam Antarabangsa untuk makan tengahari. Dekat Nasi Ayam Antarabangsa nie lah terdapatnya sayap ayam yang terkenal itu. Yes, memang sayap ayam kat sini terbaik. Rasa dia sangat sedap !! Kuah dia superbbbbbbb !!



Maaf, tak sempat ambik gambar kami dah lahap dulu sebab terlampau lapar. Sayap ayam berharga RM1.80 je. So make sure beli banyak-banyak. Hihi. Lepastu kami terus pecut pergi ke Ranau. Agak jauh jugak yer dari Kundasang nie. Ada dalam 2 jam kot. Aku pon tak berapa nak ingat. Maaf naa.


Finally, we arrived at Tagal Fish Spa nie. Sepanjang perjalanan aku tidur. Faries yang drive kereta. Hahahaha. Nak masuk sini, harga tiket RM5 seorang, untuk rendam kaki je. And dorang ada cas harga untuk kamera. So cas untuk kamera RM3. Dia cas satu orang je. Tak adalah semua orang dia cas. Masa yang dibekalkan dalam nie selama 15 minit.



Memang banyak and besar-besar ikan dekat sini. Dorang jenis tak takut orang pulak tu. Terus datang dekat kaki. Yang ikan besar-besar tu okay je, tapi yang kecik-kecik tu dok menggigit kaki. Perghhhh ! Agak sakit sedikit. Tapi tak adalah melampau pon sakitnya.



Then, kami gerak pergi ke Ladang Teh Sabah. Saja singgah sini, tak ada apa pon. Ada ladang teh and satu kedai makan besar. Rasanya harga dia agak mahal. Kami pon tak sure sebab tak berani nak makan situ.



Kami datang untuk bergambar je. Jadi biarlah abg abadikan gambar-gambar abg dalam nie yerp. Adik-adik jangan makan hati pulak. Kbai.



Seterusnya, kami pergi ke Poring Hot Spring, iaitu kolam air panas. Pon murah je nak masuk sini. Harga boleh refer gambar dekat bawah nie.


Aku ingat-ingat lupa info ini, jadi kalau silap maafkan saya. Kalau korang melawat Kinabalu Park World Heritage Site, korang tak perlu lagi bayar harga tiket di sini. Tunjuk je tiket Kinabalu Park tu and korang boleh masuk secara percuma. Asalkan korang datang pada hari yang sama. Lebih kurang macam tulah. Since kami datang Kinabalu Park tu semalam, so tiket tu dah tak valid. Sekian.


Alaaa, 3 ringgit je pon harga tiket masuk. Toksah berkira sangat. Kbai.


Besar tempat nie. Korang boleh pilih untuk mandi dalam kolam biasa atau kolam air panas. Dia ada sediakan kolam-kolam air panas kecil untuk para pelancong. Rezeki kami, ngam-ngam kami datang ada satu kolam "persendirian" kosong. So kami pon park barang-barang dekat situ and start buang air yang lama and isi air panas yang baru.


Nak buang air yang lama tu pon dah ambil masa. Nak isi air panas yang baru tu pon ambil masa jugak. End up sampai kesudah tak penuh-penuh air dalam kolam kami. Kelajuan air paip dia sedih !! Tapi ada satu kolam tu, paip dia besar jadi cepat je terisi air dalam kolam tu. Tempat kami nie sedih sangat-sangat. Tapi okay lah.


Hari pon dah hampir gelap kami pon pulang and terus menuju ke Kota Kinabalu. Time sampai kat Kundasang, kami singgah sekali lagi makan dekat tempat sayap ayam tu. Hihi. Weyhhhh sedap gila sayap ayam dia. Rasa dia masih lagi terngiang-ngiang di langit-langit nie. Choiii tengah puasa.

Habis makan malam di situ, kami meneruskan semula perjalanan kami ke Kota Kinabalu.

Time on the way ke KK, barulah kami discover yang Jambatan Tamparuli yang kami lalu masa hari first tu merupakan jambatan yang salah. And kami jumpa jambatan yang sebenar pada malam tu. So kami decide untuk pergi ke Jambatan Tamparuli tu besok pagi. Jadi kami start cari hotel di kawasan berhampiran.


Malang sekali, di Tuaran cuma ada 3 hotel je. Tang Dynasty Lodge, Hotel Tuaran dan Orchid Hotel. Ketiga-tiga hotel nie harga dia memang mampu milik. Tapi semua penuh kecuali Orchid Hotel. Orchid Hotel nie terletak di pekan Tuaran. Oleh kerana hari pon dah lewat malam, and kami sudah sangat mengantuk untuk terus pandu menuju ke KK, plus kami nak jugak melawat Jambatan Tamparuli nie, so kami menginap di Orchid Hotel nie.


Queen size bed satu malam RM60 je. Tapi nauzzubillah dahsyat sangat hotel nie. Memang tak selesa lah cerita dia. Aku memang mencari hotel-hotel yang murah tiap kali nak menginap mana-mana tapi bukan yang ber-suasanakan seperti hotel melacur. You know what i mean ?

The vibe yang aku rasa ketika menginap di sini tak ubah seperti one night stand check in.



Bilik air tak attach dengan bilik ye. Dengan bilik air tak ada lampu, perghhhhh ! Wifi pulak tak sampai dekat bilik. Sabor jelah teman. Nasib lah, sebab kami tidak punya pilihan dan hari pon sudah sangat malam. Kami dah penat and mengantuk sangat-sangat.


Cadar dia entah dah berapa lama tak cuci, aku pon tak tahu. Badan kami gatal-gatal bila bangun pagi tu. Sabor jelah. So korang-korang yang nak datang Sabah nie, make sure hari pertama time on the way ke Kundasang, make sure melawat Jambatan Tamparuli yang sebenar dahulu. Kalau terjadi kes macam kami nie, tersilap jambatan end up nak jugak melawat jambatan tu, so terpaksalah menginap di hotel sekitar Tuaran nie.


Inilah hotel tu. Lepas check out, kami terus menuju ke Kota Kinabalu untuk sesi jelajah hari ketiga. Untuk masa sekarang nie, kita sampai sini sahaja dulu. Jumpa di part 2 pulak untuk sesi jelajah di sekitar Kota Kinabalu.

Itinerary kami untuk 2 hari pertama di Sabah (Sepatutnya begini)

FIRST DAY

Sewa kereta - Rumah Terbalik - Jambatan Tamparuli - Terus menuju ke Kundasang - Check in hotel Kundasang - Kinabalu Park Heritage Site - Jalan-jalan sekitar pekan Kundasang

SECOND DAY

Desa Dairy Farm - Kundasang War Memorial - Tagal Fish Spa - Ladang Teh Sabah - Poring Hot Spring - Terus menuju ke Kota Kinabalu - Check in hotel di Kota Kinabalu 

Untuk yang tak pernah pergi ke Sabah, mungkin boleh follow itinerary nie. Hotel-hotel dekat KK banyak yang murah-murah and sangat selesa. So pastikan malam kedua korang menginap di KK sahaja. Jangan jadi seperti kami, tersilap jambatan Tamparuli. Terpaksa menginap hotel di sekitar Tuaran.

SEDIKIT INFO AND TIPS EXTRA

Flight : Ambik flight pertama for the day, so that sampai KK pagi and can start explore Sabah

Ryan Sewa Kereta : 013-8777156
Ingat tips aku kat atas tu macam mana nak dapat harga murah sewa kereta nie kot-kot dia mark up harga tinggi-tinggi selain harga yang aku nyatakan di atas. Perodua Axia 5 hari RM 400.

Kundasang Inn Hotel : 08-8888097
Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang
Room rate queen size bed - RM 100 (Hari Minggu dan public holiday), RM 80 (Hari biasa)
Kemudahan : Iron disediakan, WIFI, attach bathroom, hot shower. Dekat dengan pekan
SANGAT RECOMMENDED !!

Kinabalu Park World Heritage Site : Jangan datang dah petang-petang sangat. Nanti gelap gila. Datang time tengahari dalam jam 1 or 2 petang macam tu okay. Kalau dah jam 4.30 or jam 5, toksah. Ditutupi kabus tebal dan menakutkan. Tak nampak pemandangan sekeliling yang cantik.

Jam 6 petang di Sabah, langit sudah mula gelap, so rancang itinerary korang baik-baik. Enjoy !

2 comments:

  1. Assalamualaikum dik.. kesian ko salah jambatan rupanya. Dah lama masuk wishlist sabah ni. Doakan akak murah rezeki. Boleh pergi sini dgn keluarga. Heehee cepat sikit update part 2... selamat berpuasa dik... sayap ayam tu, perghhh

    ReplyDelete
  2. Bestnya Kundasang! Dari dulu aku nak pergi sini tapi belum ada rezeki lagi. Next time kalau aku nak pergi, aku tanya kau je la eh :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...