Tuesday, September 2, 2014

Trip to Atlanta

Assalamualaikum

Minggu lepas, aku ikut satu trip ke bandar Atlanta. Trip nie dianjurkan oleh International Club of Georgia College. Bandar Atlanta daripada Milledgeville mengambil masa 2 jam perjalanan. Kami ke sana dengan menaiki GC shuttle. Seawal jam 8 pagi telah berkumpul di Bone House (Internattional Students Center) dan perlu sign beberapa dokumen. Setelah 3 minggu "stuck" dekat Milledgeville, akhirnya aku dibawa keluar ke bandar besar. Yeay !


Trip nie tak ada kepentingan apa pon. Hanya untuk datang shopping dan habiskan masa je. Aku ingat dorang akan bawa kami nie ke tempat-tempat menarik sekitar Atlanta, rupanya tidak. Atlanta merupakan ibu negeri Georgia. Ia merupakan sebuah bandar yang sangat besar. Kat sini juga, korang akan jumpa ramai orang pelik-pelik. Hahaha



GC Shuttle menurunkan kami semua di sebuah pusat membeli-belah yang sangat besar, iaitu Lenox Square. Kami sampai sana sekitar jam 11.30 pagi. Tiada arahan yang khusus, terpulang nak pergi mana dekat dalam tu, asalkan jam 5 petang semua perlu berkumpul semula di tempat yang diturunkan tadi. Tempat pertama yang kami tuju ialah food court sebab semua dah lapar masa tu. Seperti biasa, menjadi seorang Muslim di negara bukan Islam agak sedikit mencabar bila bab makan. Orang lain makan sedap-sedap, kita hanya mampu tengok dan redha dengan pilhan makanan yang ada. 



Dalam pada tengah mencari makanan di sekitar food court tu, aku ternampak seorang perempuan memakai hijab. Aku terus berlari kearah wanita itu. Aku tegur dia dan bertanyakan soal makanan Halal. Agak malang sekali, menurutnya di dalam Lenox Square tu memang tak ada makanan Halal. Dia sarankan aku untuk makan makanan laut ataupun makanan vegetarian sahaja. Aku sebenarnya berharap dapat makan daging atau ayam dekat Atlanta nie. Dah lama gila tak makan daging semenjak aku jejakkan kaki kat Amerika. Jadi teringin sangat.

Kami pon buat haluan masing-masing. Namun setelah beberapa ketika, tiba-tiba dia mencari aku di serata tempat dan kami berjumpa semula. Dia kata, dia boleh bawa aku ke restoran Halal tapi restoran tu berada mengambil masa 20 minit masa perjalanan. Oleh kerana aku teringin sangat, aku ikut je dia tanpa memberitahu kaawan-kawan aku yang lain.


Aku tidak sepatutnya mengikut stranger begitu saja. Tapi entah kenapa, aku rasa dia ikhlas nak tolong aku dapatkan makanan halal. Sebabtu aku ikut je. Person in charge yang bawa kami ke sini agak terkejut bila aku ceritakan hal ini kepadanya. Dia nasihat aku jangan buat macam tu lagi, atau paling tidak pon, bagi tahu rakan-rakan lain kita nak pergi ke mana dan dengan siapa. Tak boleh senang-senang percaya orang.

Perempuan yang bawa aku tu nama dia Nadia. Anak dia Hawa dan Charleaf. Dia nie berasal daripada Thailand dan berkahwin dengan warga Amerika. Tapi dorang dah bercerai. Banyaklah benda yang kami borak masa dalam kereta tu. Dia bawa aku ke satu restoran Halal yang menyajikan makanan masyarakat India. Kawasan nie dikenali sebagai "little India". Aku tak ingat apa nama tempat tu, aku mengikut je.



Aku makan Chicken Beriyani Rice dengan Mango Lassi. Ya Allah nikmat betul ! Lama gila tak makan daging dan ayam. Rasa macam nak menangis bila dapat tu. Bersyukur sangat. Dia belanja aku makan, siap beli untuk bungkus bawa balik lagi. Dia kata nanti makan malam aku tak ada apa nak makan, jadi dia bungkuskan satu untuk aku. Baik betul dia nie. Sangat terharu masa tu. Rasa bersyukur gila berjumpa dengan mereka. 

Dia juga bawa aku solat Zohor di sebuah masjid yang berdekatan. Okay rasa nak menangis lagi sebab dah lama gila aku tak datang surau atau masjid. Tempat aku memang tak ada kemudahan surau atau masjid untuk Muslim. Masyarakat Muslim pon boleh dikatakan tiada di tempat aku. Kalau ada pon, tidak praktiskan sebagai Muslim. 





Lepas dah solat semua, dia hantar aku semula ke Lenox Square. Aku pon tercari-carilah kawan aku yang lain dalam mall tu. Nasib baiklah dorang masih lagi berada dalam tu. Ingatkan dah balik sebab aku pergi di tempat parkir shuttle t, tengok GC Shuttle dah tak ada. Kuss semangat.

Berbaki 2 jam sahaja lagi untuk aku teroka Lenox Square. Agak rambang mata bila berada di sini sebab macam-macam barang kau rasa nak beli. Tapi aku beli t-shirt je. Itupon harganya 25 US dollar. Gila mahal kot harga untuk sepasang baju. Tapi beli jugalah sebagai kenangan.


Masa untuk pulang. Ingat nak berbelanja lagi tapi kena beratur panjang untuk bayar, malas jadinya. Lagipula masa tu dah nak jam 5 petang. Takut kena tinggal dengan shuttle. Kami pon cari jalan keluar untuk ke tempat parkir.




Sampai Milledgeville jam 8 malam. Balik tu terus makan makanan yang dibungkus tadi. Lapar gila bila sampai tu. Dan wajiblah aku selfie dengan makanan untuk merakamkan detik bersejarah ini. Itu sahaja cerita trip ke Atlanta bersama pelajar-pelajar antarabangsa di Georgia College. Harapnya dorang buat trip macam nie dengan lebih kerap. Maka dapatlah aku beli makanan halal lagi. Hihi

4 comments:

  1. Sedih gila lama tak makan ayam n daging. Sabar je la ye, tu dah tau tempat senang la nak cari pasni. Eh, bila kau bukak braces ke aku dah baca entri ko tapi lupa. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 jam kot dari tempat aku nak ke atlanta tu.. memang idok lah aku nak pergi..dengan xde kenderaan lg.. sini no public transport.. org US prefer guna kereta sendiri sbb tu public transport kureng kt sini...

      since februari yg lalu aku tanggal braces...

      Delete
  2. Seronok kan bila dapat jumpa makanan halal! Rasa nak menangis je selalu. Aku tak sabar nak makan ayam goreng ni :D

    Muak sudah asyik makan western food and seafood je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ! rasa terharu sangat jumpa simbol halal tu.. lagi2 bila dh lama gila tak makan ayam or daging >___<
      sini seafood pon jarang tau.. sabor jelah hari2 makan western food n vegetarian food... but still sedap lah. Alhamdulillah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...