Wednesday, June 25, 2014

Saya Dah Kerja !!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dah bekerja. Pagi semalam merupakan hari pertama kerja. Actually aku dah dapat kerja nie sebelum aku cuti sem lagi. Masa aku balik cuti sementara tunggu paper last aritu, sambil-sambil tu aku dok cari kerja. Puas cari tau tapi semua tak nak ambik aku kerja. How dare they !! Kurang comelkah aku >__<

Nampak tak terdesaknya macam mana ? 

Tapi betul lah kan. Mana ada orang nak gajikan pekerja yang nak kerja cuma sebulan je, melainkan kerja dengan sedara sendiri. Yes, tepat sekali ! Sedara sendiri. It reminds me of my aunty. She has kedai runcit. So i told my ibu to ask her about this vacancy thing since she is my mother's sister, and my ibu did ask her....... THROUGH WHATSAPP UOLSSS!!

Curlass kan ibu aku sekarang dah ada whatsapp. Majuuuuuuuuu ngat ibu aku sekarang nie tau. Jangan main-main oke. Sekarang terus jadi addictive and join her group-group sekolah whatsoever, siap ambik berat pasal "last seen" dekat atas sekali tu tau. Aiyooooo. This is why we should never ever introduce technology to them in the first place. They take all that simple things seriously. I mean come on, last seen je kot. It doesnt even important oke. But my mom cares about that. Sigh.

And thanks her, she got me a job. Yeay !! Thanks my aunty also =)

So pengalaman jaga kedai runcit so far (baru satu hari kerja dah update blog, curlass !), okey-okey lah. Not really hard cuma kadang buat aku terkesima sekejap.

Situasi terkesima 1

Pekerja binaan warga asing : Dik, LA ada ? Bagi satu.
Me the innocent worker FYI : LA ? (Terus bermonolog dalaman : Kejadah dia request Los Angeles dekat kedai runcit nie, salah masuk kedai kot).
Maaf bang, LA tu apa ?
Pekerja binaan warga asing : Rokok dik (sambil tunjuk isyarat merokok)
Me the innocent worker FYI : Owhhh rokok rupanya benda alah LA tu *facepalm, nyorok bawah meja cashier*

Curlassss sangat rokok jenama Los Angeles. Gahh agaknya kan hisap rokok jenama LA daripada brand lain. Katanya murah rokok nie. Entah lah aku tak tahu. Tak pernah jumpa sebelum nie. Kalau nak lagi murah tak payah rokok lah. Lagi menjimatkan. Stay healthy and bibir pink okey guys ?

Situasi Terkesima 2 ( Which happened a lot yesterday, demmit )

Everytime customers pay their things at the counter, this conversation happened,

Customer rabun agaknya : Eh dik bila sampai Malaysia ?
Me the innocent worker FYI : Huh ? (Bermonolog dalaman sekali lagi : Dah kenapa tanya begitu ? Tinggalkan Malaysia pon tak pernah lagi tau so far, how come that question boleh wujud) Datang Malaysia ? Saya orang Kanchong Darat, Banting.
Customer rabun agaknya : Laaa orang sini ke. Ingat kan dari Indonesia baru sampai sini.

My face reaction was like "Excuse me makcik ?" *jaw dropped*
That is very offensive. Even the Indonesian workers at tapak pembinaan pon asked the same question everytime they pay at the counter. And siap kata aku nie adik kepada pembantu kedai tu lagi. OMG, this is not happening to me. Tampar pipi.

But no worries, after doing some research. Finally i got the answer. My uncle and my aunty have many workers. Dari peladang, pemandu lori, pembantu kedai, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya, semuanya terdiri daripada pekerja Indonesia. So that is why bila nampak pekerja baru, dorang semua assume aku baru sampai dari Indonesia. Sebab itulah..

Jadi tak adalah terkesima sangat actually. Pelik sangat sebab semua penduduk dekat situ sibuk tanya aku nie sapa. Penat tau pembantu kedai tu nak explain dekat semua orang aku nie anak sedara tauke.

Le me selfies while working

Yang penting, kerja aku tak ada lah susah mana. Just nyapu-nyapu, lap-lap habuk, top up air dalam peti sejuk, susun barang nicely, kira-kira, tampal harga and yang sewaktu dengan nya. Cumanya, jarak dari rumah aku and rumah sedara aku nie jauh sikitlah. Dalam 35 minit menaiki motor.

Dekat sini, semua penduduk menggunakan bahasa jawa sebagai bahasa pengantaraan. Kuat lagi lah pengaruh jawa dekat situ, dekat tempat aku kuat dekat orang-orang tua jelah. Bila sampai dekat budak-budak muda semuanya fail tak tahu cakap dan tak faham bahasa jawa. Sayanglah kan bila bahasa nenek moyang kita, kita lupa and tak tahu. Tapi dekat sini lain cerita dia, even budak muda pon iso ngomong jowo. Not to mention, it's like Bahasa Malaysia tu, second language dorang. Sangat kagum lah.

Dalam kes aku nie, aku just faham apa orang jawa cakap, tapi bila nak cakap memang fail. Iso lah sitik-sitik wae, tapi angger arek seng panjang-panjang like complete sentence gitue, memang orak iso lah. My ayah is Melayu by the way, my mom yang jawa. But everytime i introduce myself, i keep telling people that i am Javanese even i'm not really a complete jawa. But still proud to be one.

My mom bila marah or start membebel bila kami adik beradik buat silap, memang dia akan guna bahasa jawa dia. And bila part gossip-gossip between my mom and kaum kerabatnya, memang aku suka pasang telinga. Sebab dorang kalau dah bertemu sesama sendiri, memang semua bahasa jawa dorang keluar. Dari situ lah aku belajar bahasa jawa nie. And Alhamdulillah, even tak berapa boleh cakap, tapi aku boleh faham. Itu pon dah memadai. So makcik-makcik jawa di luar sana, jangan lah mengumpat saya, saya faham apa yang anda-anda semua umpatkan. If nak puji saya, kan lebih baik terus face to face ? Eh >__<

PESANAN PENAJA


" Hope with this work, i will experience less exhausting during fasting month " 

See ya next post ! Daaa..

Sunday, June 22, 2014

Dinner With RAPAT Rangers

Assalamualaikum

Hari jumaat yang lalu, my batch buat dinner kecil-kecilan. Untuk RAPAT-RAPAT je katanya. Lokasi di Mulberry Cottage Tanjung Malim. Restoran baru, berhampiran Love Eat Burger. Try lar makan situ, sedap lah jugak.

Ouhh ya, for those yang tak tahu, batch kami nama RAPAT. Walaupon nama batch kami agak kemelayuan teramat, tapi unik what. Batch lain semua nama stok-stok mat salleh, lidah kampung macam aku nie memang terbelit-belit lah nak menyebutnya. Batch kami je yang memperjuangkan bahasa Melayu. Semangat 1 Malaysia katanya. Gitueeee.


Sunday, June 15, 2014

Hadiah Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum

Aku kembali mengarang semula, wuuu terharu nakkk. Rindu *Kesat air mata*

Aku actually agak fascinating lah bila aku tengok pasangan-pasangan yang tengah hangat bercinta pada abad ini. Agak curious lah macam mana mereka boleh mengekalkan kemesraan dan keintiman dengan orang yang tak kenal. Bukan lah orang yang tak kenal, i mean with people other than our own family. To have that kind of relationship, agak awkward lah bagi aku personally.

One fine day, InsyaAllah. Pray for Zharif !

Since aku tinggal dengan pasangan yang berumahtangga selama 21 tahun hidup nie. Aku dapat merumuskan satu benda lah.
Siapa pasangan tu ? My parent lah aiyooo -___-

Time bercinta, jangan lah dok gigih bagi hadiah sempena itu ini. Sempena birthday lah, sempena valentine lah (tak digalakkan untuk yang beragama Islam) , sempena ulang tahun perkenalan lah, and sempena banyak lagi lah. Why i said so ? Sebab bila kahwin nanti, kalau ampa (lelaki) semua terlupa or stop bagi hadiah sempena itu ini, depa (perempuan) akan dok ngungkit macam-macam.

Situasi 1

" Amboi, dulu bercinta bukan main itu ini bagi, sekarang dah kahwin anak 7 and dalam proses untuk dapatkan lagi sorang nie, hadiah apa pon tak ada dah ke ? Abang tahu tak hari nie hari ulang tahun merisik kita " 

Situasi 2

" Abang dulu nak dapatkan ayang, macam-macam abang buat untuk ayang, bagi itu lah, bagi ini lah, 
tapi sekarang, nak bagi hadiah harijadi pon susah "

Situasi 3

" Abang dah tak sayang ayang dah erk ? Hari nie anniversary kita yang ke 10 tahun. Nape dah tak bagi ayang hadiah ?
Abang dah ada perempuan lain erk ?!! "

Situasi 4

" Eh abang lupa ke hari nie hari apa ? Sampai hati abang tak ingat ! Hari nie kan hari ayang melahirkan anak abang yang ke6 dua puluh tahun dulu. Mana hadiah penghargaan untuk ayang ? Abang lupa ke ? Abang tidur luar malam nie !! "

Menakutkan bukan wahai laki-laki diluar sana ? So aku dapat conclude, untuk memilih jalan selamat, jangan bagi hadiah apa-apa sempena hari itu hari ini time bercinta. For birthday mungkin okey lah kot tapi kalau sempena benda-benda lain tu, tak payah lah. Time bercinta mungkin gigihlah nak mengingat hari penting itu ini kan. Satgi bila kahwin, aku rasa hari jadi bini pon boleh lupa tau.

Perempuan nie dah lah kalau bab-bab tarikh-tarikh penting semua dorang ingat. Jadi berhati-hati lah erk kaum adam.

I've seen this one couple in facebook, i can't remember her name. Her boyfriend gave Sony phone to her. I was like OH MY GOAT MENGEMBEK !! Baru bercinta dah bagi phone kot. Tak rasa ke membazir bagi makwe phone tu ? In case kalau hubungan terkandas tengah jalan macam mana ? I didn't ask for that lah for you both, but takkan tak pernah terfikir pasal benda nie ?

And personally i think, membazir sangat-sangat kot. Sounds like aku nie macam jenis boyfriend yang kedekut kan ? Dont get me wrong and dont give up on me please. People can change. Ewahhhhh !

Tapi bila fikir balik lah kan, i dont think by giving something expensive is the way to show your love towards that person. Betul ke kalau bagi hadiah simple-simple tu tak menunjukkan kasih sayang kita pada seseorang tu ? For those yang dah bekerjaya tu, i dont mind lah. Ini yang baya-baya aku nie. Tak rasa macam try hard sangat ke ?

A box of love i called it. 
There is no doubt that materialistic things can make people fall in love easily. 
Consider that handphone retak seribu tu Iphone 5s lah erk

My concept is simple, if the person can't accept you time bercinta and keep compare you with another guy, just leave that girl. No use to keep her lama-lama. I cant imagine myself giving something expensive like that to my future girlfriend. I just cant. So jangan berharap sangat lah. Bhahahahaha. Habislah single manjang lah ko Zharif buat statement macam nie.

Aku tahu cinta itu memerlukan pengorbanan, ececeyhhh. Apasal lah ayat aku nie buat aku rasa nak cerry berry, bahasa sopan untuk cirit birit. Aku rasa konsep bercinta selepas kahwin tu merupakan satu penjimatan yang besar kot. Boleh lah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Actually teringin lah jugak merasa sayang-sayang nie kan. Tapi memandangkan aku nie jenis lelaki miskin, duit harap ibu ayah yang hulur, memang tak arr jawab dia kan. Better bina kerjaya dulu, stabilkan kewangan dulu, gembirakan ibu ayah dulu, once dah stabil, baru boleh mencari. Sebab for me, lelaki nie kene banyak keluarkan duit kot. Tambah-tambah time berdating, huishhh confirm-confirm lah hok jate yang kene belanja makan hok tino kan. Paling cikai pon KFC lah. Yang cikai tu pon berpuluh jugak boleh habis. Koyak poket mak nakk kalau macam tu.

PESANAN PENAJA


Bebo : Zharif, once kau dah mewahkan dia sebelum kahwin, nanti kahwin tak mewahkan dia macam sebelum kahwin, dia akan merungut and mengungkit macam-macam. 
Tak payah kau nak bercinta-cinta nie semua.

Me : Sounds familiar bebo, have you experienced that ?

I asked my mom to pose like that, if she knows the caption is going to be like this, she will kill me >__<

Minggu lepas merupakan minggu yang sangat memenatkan bagi aku. Setiap hari ada paper. Walaupon masih ada lagi satu paper 21 Jun nie, tapi aku tetap consider dah merdeka. Sebab paper last paper english je. Plus ada gap seminggu. Tak faham macam mana mereka-mereka yang bertanggungjawab menyusun jadual exam untuk semester nie. Semua subjek tough berjoget-joget setiap hari tak ada gap. Bagi gap satu hari, terus bagi 2 paper sekaligus untuk keesokkan harinya. Ewahnyaaaa penyeksaan mereka ini terhadap diriku.

Daaa, see ya !

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...