Wednesday, May 28, 2014

Pengurusan Ko

Assalamualaikum

Alhamdulillah Isnin lalu merupakan kelas yang terakhir untuk subjek nie. Lega rasanya. Actually subjek Pengurusan Ko nie tak wajib pon aku ambil sebab aku bukan under program pendidikan, ia wajib untuk ISMP holder. Dontchu tell me you dont know what ISMP stands for -___-

But then gedik tangan nak add subjek nie, maka merasalah kau zarep oi. Bukan susah subjek nie, cuma leceh lah bagi aku. Too much benda nak kene buat. iolz iz malazz you knowzzz. So memandangkan terdapat 5 pecahan kumpulan dalam kuliah aku, maka terdapat 5 program yang kami kene terlibat.

My coursemates yang ambik subjek nie semua total 8 orang. Tapi tak ada satu program pon, lengkap kami berlapan hadir. Mesti ada cicir satu dua. Atau tiga atau mungkin lebih >__<

Saturday, May 24, 2014

Program di UPSI

Assalamualaikum

Kali nie nak bercerita tentang aktiviti aku dekat UPSI nie. Memandangkan agak lama jugak tak bercerita hal-hal dekat UPSI nie, so rasanya ini masa yang tepat untuk memperkenalkan UPSI kepada khalayak. Chewahhhh !

Well, memandangkan sekarang tengah musim interview and MEDSI untuk program pendidikan, diri ini telah dihujani pelbagai soalan berkaitan benda nie. Seriously, aku interview UPSI dulu tu pon merupakan interview formal buat pertama kali dalam hidup, buat ujian MEDSI tu pon first time, tapi gigih bagi tips mengalahkan orang yang dah berpuluh kali pergi interview *flip hair*

Tak caya ? Boleh klik SINI

Okey jom mulakan dengan aktiviti pertama.

Tuesday, May 6, 2014

Meroyan Tengok Harga Murah

Assalamualaikum

I'm so excited to share this with you guys. Guess what, i just found a website that sells good clothes at a very cheap price. Isn't that crazy ? Hell yeah ! But then jangan salahkan aku pulak yerp kalau korang spend duit banyak sangat dekat website nie. Hehe


Once you're in, you can't get out without buying something. Seriously dohh, macam dah kene guna-guna masa aku bukak website tu. Meroyan sampai tak boleh nak duduk masa masukkan order dalam cart. Excited punya pasal. Gila.

Beratus jugak lah habis borong segala jadah barang dekat website nie. So let's go through one by one okey.

1. Korean Sport Casual Long Pant
RM 15.90

You may click this link to order this pant : CLICK

The price is crazy. Sangat tak masuk akal. Haruslah grab satu kan. Yang bagus tentang seluar nie ialah ianya sangat selesa dan mempunyai ciri keselamatan yang bagus. Why i said so ? This is because dia ada dua tali untuk mengikat bahagian pinggang. So that ia menyelamatkan seluar tu daripada terlondeh.

Ada satu kejadian masa aku darjah empat, masa nie dah start ada hari kokurikulum. Alaaa yang setiap hari rabu jam 3 petang tu. Hah masa nie aku telah diperdajal oleh kawan sendiri. Dia pergi lorot seluar aku ke bawah, dah lah masa tu dekat tangga, ramai orang, perghh malunya Allah je yang tahu. Thanks kawan for that most embarrassing moment of my life.

And it happened twice. Oh god demmit. Zharif why you're so careless taking care of something precious down there huh ?
I hope it won't happen again in the future. Pretty please.

2. Korean Slim Fit Sweater/ Tunic Suit
RM 24.90

You may click this link to order the sweater : CLICK

Well sekarang tengah dalam mood mengumpul sweater, tak tahu kenapa. Yang pasti ada orang suruh sediakan baju panas untuk cuaca sejuk dan baju sejuk untuk cuaca panas. Lebih kurang macam tulah. Hihi. Sweater yang sangat style dan tak menggelebeh. Tak tahu lah kalau korang faham ke tak perkataan menggelebeh tu. Baju nie betul-betul muat dekat badan. Just nice. Yang pasti ianya sangat selesa. Tapi kene basuh dulu lah sebelum guna sebab biasalah baju baru, ada rasa gatal sedikit. Opsss !! Apa nie zharif kata nak promot tapi dedahkan kekurangan >__<

Korang tak meroyan ke tengok harga dia ? Berbaloi-baloi kan. Ada sebab munasabah ke kalau tak grab satu ? Tak ada.

3. Korean Slim Fit Men's Suit/ Jacket
RM 24.90

You may click this link to buy the jacket : CLICK

Once bila dah click link ke jacket nie, korang mesti pernah nampak gambar dekat link tu somewhere in facebook kan. Seriously dekat facebook depa jual 70 ringgit kot, yang paling murah pon 50 ringgit. Santak banyak dorang ambik untung. Padahal dekat website nie korang boleh dapat dengan harga RM 24.90 sen je. Nampak sangat nak cepat untung.

Apa yang menarik pasal jacket nie ialah, ia membuatkan baju biasa nampak wow. Seriously, pakai baju pagoda pon nampak cantik tau bila dah sarung jacket nie. Tak caya cuba try.


Boleh gayakan dua gaya. Kalau dibutangkan, jadilah macam gambar di atas. Maaf atas kekedutan di baju tu akibat malas nak gosok. Frankly speaking, aku tak tahu bila nak pakai suit nie. Pakai beli je. Hahaaha. Bila erk nak buat dinner lagi ? I'm ready to strut the runway. Gituee tau feeling ala-ala Alessandra Ambrosio.

4. Korean Style Canvas Shoes
RM 31.00

You may click this link to purchase this shoes : CLICK

Sangat-sangat best pakai kasut nie. Lembut je kaler dia. Selesa dan easy to go. Tak perlu nak ikat-ikat tali kasut. Dalam banyak-banyak barang yang aku beli, kasut nie yang paling the best sekali. Sangat berpuas hati. Malas dah nak mention pasal harga, sebab memang murah sangat kot. Makin bertambah koleksi kasut diri ini. I iz happy !

Photos all credit to my youngest sister. She took all my photos very beautifully that day. She's good in taking direction kot. Thank you so much adik sebab melayan kerenah abang mu yang cerewet ini.

Photographer of the day =D

Owhh ada lagi satu barang aku beli. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab nak balik Tanjung Malim dah masa tu. Masa amat mencemburui diriku ketika itu. Menci tau. Kebetulan roommate tak ada 2-3 hari nie, so manfaatkan waktu ini untuk ambik gambar.

5. Men Slim Straight Cut Formal Pant
RM 36.90

Arrange boxes to build a tower, put camera on top of it, then set 10 seconds time and pose like there's no tomorrow, maka terjadilah gambar seperti di atas

Details seluar tu boleh usha dekat sini : CLICK

Agak menyesal jugak beli seluar nie sebab nya tak sesuai. Dahlah paling mahal antara semua barang yang aku beli nie. I just don't look good in straight cut pants since i got skinny legs. I look fatty when i wear it. Seriously lebar kot dekat kaki. Dalam gambar dekat website tu nampak cantik je. Sampai dekat aku, perghhh ! Lebar gila. Sigh -___-

Apa-apa pon, aku amat berpuas hati dengan pembelian first aku ni dari Nile.com.my . Servis bagus, aku order jumaat, isnin dah sampai. Kualiti pulak okey, barang aku semua dalam keadaan tiptop. Yang penting harga dia memang buat aku meroyan. Kiranya kedudukan ZALORA di hati ini macam dah tergugat sikit lah kedudukannya. Hehe

PESANAN PENAJA


" The curiosity to see the things you ordered online that is finally you can see it for real,  is just awesome. That is the excitement purchasing items online " 

Okey itu saja untuk kali nie, daa ...
See ya !

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...