Saturday, March 29, 2014

Character Building : Edisi Khas

Assalamualaikum

Pada belah malam hari kedua, ada benda telah berlaku pada diriku. First time kena, tak pernah kene lagi sebelum nie.

Meyhh mulakan.

Sementara menunggu giliran mengambil makanan malam tu, jari tetibe rasa gatal yang teramat sangat. Aku ingat tangan aku kene duri kaktus yang kecik-kecik tu. Cari punya cari duri tu tak jumpa. Sekali dia jadi timbul kaler putih macam kene gigit nyamuk tu. Memang tergaru-garu lah aku masa tu.

Then pergi ambil makanan. Lepastu duduk kembali. Booom terasa kaki pulak kene gigit. Bunyi nya tak ada lah boom, cuma nak bagi element rasa terperanjat tu ada, tu yang tulis boom tu. Okey abaikan.

Monday, March 24, 2014

Character Building : Day 2

Assalamualaikum

Meyh sambung CB untuk hari kedua pulak yer.

Pagi tu ada sesi bersenam sikit. Fajar Murni nama slot tu. Then berjogging sejauh, jauh jugak lah. Tak tahu berapa meter since lupa nak ukur masa jogging tu.

Taklimat ringkas dari Sir Nuzsep, our lecturer

Thursday, March 20, 2014

Character Building : Day 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah menjalani satu camp di Teratak Riverview Tanjung Malim. Camp yang diberi nama Character Building (CB) ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. To be honest, aku terpaksa join camp nie. Camp nie diwajibkan kepada semua pelajar psikologi UPSI. Tak join nanti kene buat surat tunjuk dekat lecturer and jumpa that lecturer to explain why tak boleh datang. So aku tak nak benda itu terjadi.

Sebelum pergi camp tu, ada satu meeting diadakan bersama fasilitator. Habis je meeting tu, makin kuatlah rasa tak nak pergi camp nie. Rasa tak suka, rasa menyampah, rasa maggi 3 rasa pon ada. Tapi kene pergi jugak. Kan dah kata wajib -___-

Ikhlas sikit zarep muka tu 

Friday, March 14, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014

Assalamualaikum

Pada hari Rabu yang lalu, fakulti saya, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia ( FPPM ) telah mengadakan satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar bagi meraikan pelajar-pelajar fakulti yang memperolehi PNGS 3.75 dan ke atas pada semester 1 dan semester 2 tahun lalu.

Alhamdulillah rezeki. Dapatlah merasa naik pentas ambik anugerah dekan. Hihi.

 My batch " RAPAT " 

Tuesday, March 4, 2014

Main Cop-Cop

Assalamualaikum

Bila dah masuk fasa 20-an nie, pergi sana sini confirm ada yang akan bertanya bila nak kahwin. Penat lah jugak deal dengan benda nie, dah jadi macam benda wajib pakcik-pakcik, mokcik-mokcik, kakek-kakek, nenek-nenek dan juga jiran tetangga untuk tanya soalan nie. Sometimes i wonder, perlu ke ?

Tambah-tambah my ayah nie memang suka sangat-sangat memperkenalkan anak-anak nya kepada para tetamu. Ya Allah kami nie lima beradik pemalu-pemalu belaka. Bila part sesi perkenalan nie, kami 5 beradik mesti pandang slek dekat ayah. Nanti dia faham lah yang anak-anak dia tak suka. Lepastu dia berhenti.

My kawan ayah would be like - 

" Wahhh anak bujang kau ! Kau nie Azis ada anak bujang sorok dekat rumah " 

I would be like - 

" Ye memang aku kene sorok pon selama nie. Main hide and clap dekat rumah tu.  Feeling-feeling conjuring gitu "

Nampak macam muka aku nie dah boleh kahwin ke ?

Agama still tak sempurna, subuh pon mengharap belas ihsan ibu ketuk pintu bilik sampai nak pecah pintu tu dibuatnya. Ciri-ciri leadership yang hado. Penakut nya nauzzubillah, pergi toilet pon ajak kakak temankan. Bab cinta dan romantik-romantik nie langsung fail. Bertindak dan bercakap still tak menunjukkan kematangan, tu yang kalau geram aku merapu kat twitter tu, takpon hapdet kat instagram, lepastu delete balik. Berharta tiada, duit pon harap mak bapak yang hulur.

Anda suka lelaki kaya atau lelaki miskin ?
( Gambar semasa zaman sel-sel otak belum berhubung. Sumber di SINI )

Ada ciri-ciri lelaki pilihan anda-anda semua pada aku ? Tak ada. K dah tahu dah.

Actually kan, aku bukan nak hapdet segala jadah pasal isu kahwin nie bagai. Aku nak berkongsi kisah yang my lecturer ( Dr. H ) kongsikan dekat kelas masa first week sem bermula. Aku agak tertarik dengan konsep cinta dia. Dia kata time study nie, eloklah cari orang yang boleh dijadikan suami/isteri. Bukan suruh bercinta berdating bagai. Cukup sekadar kita cop dia sebagai kita punya. Cukup sekadar si dia tahu perasaan kita terhadap dia. Tak perlu nak dating and bercinta bagai nak rak, itu semua tidak perlu.

Dia kata, perempuan better cari lelaki time tengah belajar nie. Yelahh, bila dah habis belajar nanti as degree holder, starting gaji dah beribu-riban. So itu membuatkan lelaki takut nak dekat dengan hampa semua. Lelaki takut nak dekat dengan wanita yang bergaji tinggi. Kang orang kata nak caras duit perempuan tu pulak. Yelahhh lelaki nie kan ego tinggi, at least dia nak jugak gaji lebih tinggi dari perempuan tu, atau at least lebih kurang sama ja.

Tapi kalau lelaki tak perlu risau lah, gaji beribu-riban semua orang akan pandang. Tapi still better cari time tengah belajar nie. Nanti bila dah kerja susah sikit. Pilihan jadi limited. Gitueee. Yang nie aku tambah sendiri.

Alaaa cop-cop je. Tapi my lecturer said, jangan sampai confirm sangat cop-cop pilihan kau tu betul-betul jadi suami/isteri kau kelak. Just sekadar ala kadar. Jangan over confirm. Over confirm nie yang payah.

Couple-couple sekarang nie, belum confirm as husband and wife semua dah halal bersentuhan, acano tu ? Apa specialnya kahwin kalau macam tu. Tak payah kahwin pon free-free je dapat pegang sana pegang sini. Berat. Berat.

Taip PU Zharif dan hantarkan ke 32999. Terima kasih.

Alhamdulillah, sejuk tak tengok ? Boleh lah cop saya lepas nie =P

My lecturer tambah lagi, dia kata dalam kelas pon mereka tak menunjukkan mereka tu satu pasangan. Duduk dalam kelas pon jauh-jauh. Tengok pon tak. Lepas dah convo baru dia kahwin. Sampaikan masa wedding dia, kawan-kawan dia baru tahu lelaki tu "boyprend" dia. Kawan-kawan dia semua tahu dia dah berpunya cuma tak tahu siapa lelaki pilihan dia tu.

Amazing bukan ? Kahwin baru mereka semua tahu.

Perkongsian lecturer ku ini sedikit sebanyak telah mengganggu waktu tidur ku.
Dok terfikir sape lah yang aku nak cop sebagai isteri nie. Kbai.

PESANAN PENAJA 


" Dr H : Kelakar saya tengok mereka-mereka yang upload gambar dekat pelamin pengantin. 
Tak perlu risau, nanti jodoh tu datang sendiri "

Yang baik datang dari Allah, yang jahat semua dari syaiton nirrajim =P
See ya !

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...