Saturday, April 27, 2013

Temuduga separa perubatan SPA

Assalamualaikum

Rabu hari tu aku pergi interview SPA yang mana sangat kalut untuk diceritakan . Mana tak kalut kalau bertolak dari rumah 7.40 pagi . Sedangkan interview tu jam 8 pagi . Actually aku tak ada lah menggelabah macam nak pergi interview UPSI dulu . Biarlah lambat pon . Entah kenapa aku rasa tak bersalah langsong . Hahahaha .

Sampai kat Putrajaya 8.30 pagi . Tapi tak terus sampai ke bangunan SPA tu , kitorang sempat tawaf 3 kali kot dekat Putrajaya tu sebab sesat . End up , tanya orang sekeliling . Lepastu ayah dah mula ngamok . Ayah aku nie gelabah macam dia pulak yang nak di interview -____-

Tengok tu muka ayah -___- chill lah kan =)

Sesampai sahaja aku dekat tingkat 6 blok 7 kompleks C tu , mamat yang jaga kaunter depan tu sound aku .

" Kenapa lambat ? tak nampak ke kat kertas dia tulis jam berapa " 
- Dengan muka nya yang agak annoying tu . 

Untung handsome , kalau tak memang aku carut kat situ jugak . Dia tak tahu ke betapa banyak onak dan duri untuk aku sampai ke situ . Dengan sign board nya yang agak pening . Memang tak lah nak jumpa bangunan tepat pada masanya .

Dia bagi kertas , suruh jawab soalan tentang minat . Alaaa macam ujian Medsi yang beratus-ratus banyaknya tu . Aku malas betol nak menjawab soalan-soalan macam nie . Penat tau tak .

Maka tak lama lepas tu aku pon di hantar ke bilik interview . Peng-interview aku ada dua orang . Sorang laki sorang perempuan . Ikuti perbualan berikut .

Tock-tock pintu berbunyi - santak jijik bunyi pintu tu 

Me : Selamat pagi ( sambil menyerahkan fail yang terkandung segala sijil )
Panel 1 dan 2 : Selamat pagi , sila duduk .
Panel 1 : Okey Shariff .
Me : Zharif -___-
Panel 1 : Zharif , boleh terangkan serba sedikit tentang diri Zharif ? ( Cliche sangat soalan nie )
Me : Okey nama saya Muhammad Zharif Bin Abdul Azis . Berasal dari Banting Selangor . Berumur 20 tahun . Lahir pada 29 Januari 1993 . Mempunya 5 orang adik beradik , 2 lelaki 3 perempuan dan saya merupakan anak kedua . Tamat sahaja SPM saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi P.Pinang . Lepastu saya sambung degree di UPSI .
Panel 2 : Kos nie hanya bertaraf diploma , sedangkan awak sekarang berada pada tahap degree .
Me : Saya berminat dalam bidang perubatan nie . Dari dulu lagi saya minat tapi saya tak dapat . Jadi bila dapat tawaran nie saya berasa excited . Walaupon bukan sebagai doktor tapi at least adalah jugak yang relate to medic .
Panel 1 : Kat UPSI ambik apa erk ?
Me : Psikologi .
Panel 2 ; Sekarang macam mana nie panel 1 ( aku terlupa nama dia sapa ) , kami nie memang lah penemuduga tapi kami jugak bertindak sebagai penasihat . Sebab awak nie bakal degree holder .
Panel 1 : Awak tau tak kos yang ditawarkan nie gred gaji berapa ?
Me : Ohh saya tak tahu lah pulak . ( Aku tau sebenarnya tapi tak nak lah tunjukkan sangat mata duitan nya tu )
Panel 2 : U29 , sedangkan kalau awak graduate sebagai degree holder nanti awak terus DG41 . 29 dengan 41 jauh beza tu Zharif . Dari U29 nak sampai ke tahap DG41 tu memakan masa yang lama . Jadi cuba awak fikir baik-baik .

Actually kan , aku dah tau dah semua ini akan berlaku . And aku sedar tahap perbezaan gaji tu . Dan aku memang pon nak teruskan degree aku nie . Tapi cuba korang bayangkan , kalau dah tau aku nak teruskan degree tu , nape aku datang interview tu ? So aku buat lah drama sikit . Konon macam minat and what so ever . Pliss lah , aku nie hebat bab-bab berlakon nie ~

Me : Ohh ye ke ? Saya tak tau pulak pasal hal-hal gaji nie ( Santak menipu kau zharif , sah-sah hal gaji lah yang kau cek dulu masa dapat tu -____- )
Panel 2 : Kalau anak saya lah , saya akan suruh dia teruskan degree dia . Sebab sayang lah bila awak dah berada di atas , lepastu awak nak kembali ke bawah balik . Awak tak sayang ke ?
Me : Kata orang sekarang nie susah dapat kerja . Jadi jika ambik tawaran SPA nie insyaAllah lah keluar-keluar tu terus ada kerja . Saya nak sesuatu yang dijamin kerja .
Panel 1 : Anak saya graduan UPSI , setakat nie tak pernah lagi saya dengar graduan UPSI tak dapat kerja . InsyaAllah Zharif , rezeki tu ada di mana-mana saja . Sama ada kita nak atau tak nak je . Yang penting kena usaha .
Panel 2 : Sekarang nie awak ada tajaan biasiswa dari mana-mana ke ? PTPTN ke ?
Me : Tak ada . Sepenuhnya di tanggung oleh family saya .
Panel 2 : Okey , saya cadangkan macam nie lah . Awak dapatkan pointer yang bagus untuk sem pertama nie lepastu awak mohon biasiswa dari mana-mana agent kat luar tu , dari Kementerian Pendidikan Malaysia ke ( ada ke ? ) atau mana-mana badan yang berkaitan dengan kos awak tu .Lepas graduate je nanti , dia takkan nya nak lepas awak begitu sahaja , mesti awak akan ada kontrak dengan dia . So dari situ awak tak ada lah menganggur tak ada kerja .
Panel 1 : So sekarang nie macam mana ? Adakah awak nak teruskan dengan degree awak tu atau awak berminat untuk ambik kos yang SPA tawarkan nie ?
Me : Saya rasa saya nak teruskan dengan degree saya .
Panel 2 : Baguslah awak dah buat keputusan macam tu . Takpa awak jangan risau . Lepas awak dah habis degree tu nanti , awak update kos-kos yang awak mintak tu setaraf dengan degree holder .
Me : Owhhhh oke-oke . So maksudnya saya masih boleh dapat tawaran dari SPA lah yer ? ( Soalan bodoh )
Panel 2 : Boleh boleh =)
Panel 1 : So macam mana ? Nak teruskan lagi ke or nak berhenti dah ?
Me : Saya rasa setakat nie sajalah . Terima kasih yer =)

Okey itu je . Penemuduga aku yang banyak bercakap dari aku . Dorang banyak bagi tips dan nasihat berguna . Aku macam datang situ untuk mendengar je . Mula-mula yelah formal macam typical interview tu , lepas aku bagitahu sekarang tengah sambung degree , semuanya berubah .

PESANAN PENAJA 


" Teruskan apa yang aku dah mulakan =) "

Dalam pada busy , sempat jugak eden curi-curi masa hapdet blog nie . 2 assignment due date minggu depan . Semoga aku sempat menyiapkan kedua-dua assignment itu . And selasa nie pulak debate bermula . Aku x prepare apa pon lagi T___T

Sekarang nie kat N9 , paris's sister is gettin married this sunday . So boleh bayangkan tak riuh nya macam mana kat rumah nie .

BTW , thanx abg eddy =) Hadiah giveaway tu dah sampai . Cantik =)


Wahh tak sia-sia join giveaway hari tu =D
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Monday, April 22, 2013

Bangla dan saya

Assalamualaikum

Perut ku mengulas meraung untuk ke tandas . Lantas dengan pantas nya aku pergi ke tandas seorang diri . Takkan nak ajak partner kot zarep ? Lain pulak jadinya nanti . Apalah zarep nie -___-

Habis je sisa-sisa dalam perut nie dibuang , aku pon keluar berjalan untuk mendapatkan kakak and adik aku balik yang tengah duduk di bangku nun jauh di sana . Lalu bermula lah perbualan berikut .

Pendahuluan dimulakan dengan cerita tandas , santak tak sopan -___-'

Me : Wahhh cantik wallet nie . Berapa nie ?
Bangla : Ini saya bagi abang harga baik punya , 30 ringgit
Me : 30 ringgit ? Mahalnya .
Bangla : Eh nie harga sebenar dia 45 ringgit tapi saya bagi abang 30 ringgit tau .
Me : Ohh ye ke .... ( Konon aku percaya lah ? tuihh ~ )

Sambil belek-belek and try masukkan kad bank nak cuba sama ada muat ke tak .

Me : Tak muat lah nak masuk kan kad .
Bangla : Eh muat lah abang , meh sini saya buat ( Tonyoh sekuat-kuat hati masukkan dalam wallet tu )
Me : Aiyoo rosaklah dompet tu . Ini tak muat nie . Ada tak dompet yang jenis panjang .
Bangla : Ada , sekejap hah .

Taraaa ! My new wallet

Me : Wahh cantiknya ...... Ini berapa pulak harga dia ?
Bangla : Ini saya bagi abang harga 30 ringgit jugak .
Me : Mahal nya , kurang lagi tak dapat ke ? 20 ringgit ke ?
Bangla : 28 lapan lah bang , ini harga terbaik saya bagi abang .

Siap dibungkus dan suruh ambik . Paksa aku beli siot bangla nie !!

Me : Eh saya tak beli . Saya tak mampu lah kalau 28 ringgit .
Bangla : Kalau macam tu saya bagi abang 27 lah , ini last bang . Abang ambik lah .
Me : Pon tak boleh jugak lah , saya nie student lagi . Duit tak banyak . Kalau 20 saya boleh beli . Tapi 27 saya memang tak boleh .
Bangla : Tak boleh lah macam tu bang . Saya pon nak meniaga nie . Ini untung pon saya dapat sikit saja ( Riak muka dah berubah )
Me : Kalau macam tu saya memang tak boleh beli .
Bangla : Okey lah bang last saya bagi 25 . Ini je yang paling murah saya boleh bagi .
Me : Mintak maaf lah , saya memang tak ada duit . Saya tak mampu . Takpe lah bang , lain kali . Saya pergi dulu .
Bangla : Eh eh jap , ambiklah nie .
Me : 20 ringgit boleh ?
Bangla : Boleh , ambiklah ( Muka geram dan muka pasrah )
Me : Okey nie 10 ringgit , 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 . Nie lagi 10 ringgit . ( Duit dalam wallet tinggal 21 ringgit je masa tu )
Bangla : Bak mari lah duit seringgit tu sekali .
Me : Eh duit nie saya nak buat tambang balik .

Perghhh ! Sampaikan seringgit aku pon dia nak kebas ?
Jalan laju-laju kegembiraan cari kakak and adik perempuan aku . Dah tak tahan nak ketawa dan menjerit sekuat hati . Tak tahan nak cerita dekat kakak and adik aku . A bangla just get fooled by me . Bhahahahahaha

Aku memang dah lama survey harga wallet jenis panjang nie . Aku teringin ada wallet panjang . Nampak noice sangat . Harga selalu aku jumpa 35 ringgit dan ke atas . Dapat harga 20 ringgit memang aku tak nak lepas lah kan . Huhu

Actually aku beli tu untuk kawan dunia akhirat aku . Birthday dia just around the corner . Aku rasa macam aku patut dapatkan untuk aku jugak . Aku yang nak sebenarnya dompet panjang tu . So aku pergi lagi kedai bangla jual wallet . Tapi bukan kedai yang sama lah . Kedai lain , depan pintu masuk indoor games Times Square tu . Beli tempat sama kantoi lah aku ada duit lagi .

The Levi's one is mine =)

Me : Bang , nie harga berapa ?
Bangla : Harga dia 45 ringgit lah bang tapi saya bagi kurang 35 ringgit .
Me : Amboi mahalnya !! Saya beli kat sana tadi harga 20 ringgit je kot .
Bangla : Sana mana ? Mana boleh dapat harga macam tu bang .
Me : Tingkat atas ke kat hujung sana tu . Saya tak ingat .
Bangla : Tak mungkinlah bang . Lain kot design dia .
Me : Eh ye ke ? Nurin keluarkan dompet yang aku beli tadi . Hah kan sama nie . ( Sambil tunjuk dekat bangla tu )
Bangla : ( Muka bengang ) 25 lah bang .
Me : Eh tak apa lah , kat sana saya dapat dengan harga 20 ringgit . Tak jadi lah =)
Bangla : Oke lah bang oke lah bang , nahh !

Bengang punya pasal , dia bagi macam tu je . Plastik tak ada , kotak tak ada . Perghhh !

Me : Eh saya nak kotak sekali .
Bangla : Kotak pon nak ke ?
Me : Aah , saya nak bungkus hadiah . Nak bagi kawan saya .
Bangla : Nahh ! ( Muka tension gila bangla nie )
Me : Eh nie kotak untuk dompet Prada .

Wahh boleh pulak demand kotak yang mana satu . Dah bagi kotak , protes pulak . Dahlah bangla tu tengah bengang . Hahaha =D Actually aku tukar pon bersebab . Sebabnya kotak prada yang dia bagi tu dah kemek . Tak cantik , tu pasal aku mintak tukar .

Kotak pon jadi isu tau

Bayar je terus jalan laju-laju kitorang bertiga , lepastu gelak kuat-kuat . Hahahaha
2 bangla aku mainkan hari nie . Seronok !!

Itu tak cukup okey , aku TER-lalu depan kedai wallet pertama yang aku beli tu tadi sambil pegang berbeg-beg plastik . Dia nampak aku , muka bengang gila . Hahahaha . Sorry kay , TER-lalu .

KESIMPULAN

Janganlah mudah terpedaya dengan bangla-bangla nie semua . Depa nie stock-stock nak menipu je . So korang ada akal , fikir . Bayangkan erk , harga asal dia 45 ringgit tapi dia boleh bagi aku dengan harga 20 ringgit . Nampak tak berapa banyak dia ambik untung ? 20 ringgit tu pon dia dah ada untung sikit sebenarnya .

Kat Times Square nie kebanyakkan kedai dorang nie satu tauke . Kadang bila kita nak beli seluar or baju dekat kedai tu , tapi kedai tu tak ada saiz , dia akan ke kedai lain yang satu tauke dengan dia cari saiz . Korang perasan tak ? Kedai-kedai kat Times Square nie memang saling berkait .

Same goes to kedai bangla nie . Dorang nie semua satu tauke . Cuba korang pergi cek kedai bangla kat Times Square tu setiap tingkat ( Kalau rajin ) , semua jual wallet , perfume and apa benda ntah lagi tak ingat . Sebab tu lah bila aku cakap aku beli dengan harga 20 ringgit kat kedai lain , dia bengang and dia bagi .

Adik-beradik chilling out =D

Lagi satu pulak , dorang nie bukannya ada customer sangat . Sebab tu lah bila ada customer , dia macam memaksa suruh beli . Dan kalau boleh tak nak lepaskan customer tu . So sila ikut tips aku nie , once korang mintak harga yang korang nak dia tak kasi , korang cakap " Tak apa lah , lain kali . Saya pergi dulu "

Confirm dia akan bagi and tarik korang balik suruh beli . Percayalah ! Kalau dia tak bagi sekali pon , try kedai lain . Kot-kot rezeki kat kedai lain . Tak salah kalau tawaf satu TS tu kan ? Cuma penat sikit lah .

Andai kata lah kat wallet aku tu tinggal 18 ringgit , kemungkinan besar jugak dia akan bagi dengan harga 18 ringgit . So tips kedua , duit besar jangan tunjuk sangat . Duit kecik-kecik letak bahagian luar sebagai bukti korang memang tak ada duit . Tengok jelah mamat bangla yang pertama tu , nampak extra seringgit pon dia mintak . Keji tak keji perbuatan dia tu . Ke lagi keji perbuatan aku ? Oke bye .

PESANAN PENAJA 

" Shopping lah dengan bijak =) "


Selasa nie balik rumah , wehooooo !!
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Wednesday, April 17, 2013

SPA

Assalamualaikum

Ini SPA stands for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yer , bukan spa tempat untuk memanjakan diri yang macam Fatin Liyana pergi tu , bukan bukan .

Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau 

Aku tak tau pon aku dipanggil temuduga sehinggalah semalam dengan tak sengaja nya rasa macam nak bukak laman web SPA nie ( Siap reset password sebab dah lupa ) . Semakan jadual temuduga nie keluar 28 Februari yang lalu tapi aku baru dapat tahu semalam . Hebakkk mu zarep -___-

Temuduga SPA nie dia tanya apa je erk ? Sape yang tahu tu tak nak share ke ? Tak kesian ke dengan diri ini . Ke nak diri ini buat muka cute ala-ala gwiyomi baru semua nak share T__T

Cuba pose comel ala-ala gwiyomi .. Comel tak kak ton ?
( Menangis Bobo kalau tengok kecomelan aku nie , dia pon kalah tau )

Share tau kalau korang tau maklumat apa-apa pasal SPA nie =) Thanx ! ^^

Actually masa aku isi application SPA nie , time tu aku tengah down gila-gila sebab aku tak dapat UPSI masa tu . Not to mention , Uitm dan UIA jugak . Perghhh masa tu rasa macam jatuh ditimpa tangga , lepastu tanah runtuh . Hambikk kau betapa malangnya nasib aku masa tu . Ingatkah kalian akan entry ini -----> Life Is Not Always Good

Memang down gila-gila masa tu . Nasib baik kawan dunia akhirat aku ada dengan aku masa tu . Dia lah yang suruh aku isi application SPA nie . Lepas siap isi je , terus ajak pergi jusco shopping baju . Perghh , kata sedih tapi mampu lagi pergi shopping baju . Hebakk hebakk . Asal leh masuk bab shopping nie ?

Siap isi , itulah kali pertama dan kali terakhir aku bukak laman web SPA nie -___-

Lepastu entah macam mana , tetibe UPSI merayu supaya aku masuk universiti dia . Wahh gitu . Padahal aku nie hah yang merayu sebenarnya . Hahahaha . Satu tuihh untuk zarep ~

well said ~

Aku serba salah sebenarnya nak pergi SPA nie . Yelahh sebab sekarang nie aku tengah sambung degree . SPA yang ditawarkan nie tahap diploma . Tapi kos nya pulak , memang aku minat . Niat asal aku kan nak jadi doktor gigi . Kan korang tau yang aku nie doktor tak jadi . So bila dapat Penolong Pegawai Perubatan nie aku rasa macam wahhh jugak lah . Takpa lahh , pergi je dulu , baru temuduga kan . Belom tentu dapat lagi . Kalau dapat nanti baru decide macam mana =)

PESANAN PENAJA 


" Korang-korang semua , doakan aku tau supaya temuduga tu nanti berjalan lancar =) "

Start balik hari selasa lepas habis kelas , sampai hari ahad baru balik UPSI balik . Kelas hari khamis ponteng . Mohon semua boleh simpan rahsia ini =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Wait ! Sebelum tu nak iklan sikit nie hah , aku ada terbukak satu page yang jual tudung kat facebook nie . Tudung dia cantik sangat i tell you >___< Lain dari yang lain . Sangat sesuai untuk para muslimah yang benar-benar menjaga auratnya . Wahh gitu ....

Ini page nya : By Hafizah Ali 



Seriously , lawa kan tudung-tudung yang dia jual ? Actually dia nie coursemate aku . Satu kelas =) Tapi dia tak tau aku bubuh gambar dia dalam blog so korang diam-diam je yerp . Nakmo kecoh-kecoh tau . Nanti Kak Ton makin femes , Kak Ton malu . Sejak bila jadi Kak Ton nie zarep ?

Siap buat tutorial pemakaian tudung yang betul , curlasss kau fizahhhh 

Pandai posing jugak dia nie rupanya . Diam-diam berisi . Terbaik lahh fiza =D So korang boleh lah start godek-godek page dia nie yerp dan start lah membeli . Cantik sangat tau tudung-tudung tu lagi-lagi yang biru turqoise mix pink tu . Lawa gila !!

Okey itu je , See ya !

Wednesday, April 10, 2013

I-City Shah Alam dan Burger Bakar Abg Burn

Assalamualaikum 

Sabtu yang lalu , aku jenjalan pergi I-City Shah Alam . I-City nie dah lama wujud rasanya tapi aku tak pernah pergi lagi . Padahal dokat jo dengan rumah den . lol

Sebenarnya aku tak rancang pon nak pergi . Tambah-tambah kat rumah nie tinggal aku , paris dan adik aku yang kakinya tak berapa nak sihat , itu je . So aktiviti jalan-jalan nie memang xde . But then kakak aku dan adik perempuan aku telefon bagi tau dorang ada dekat TS . Kuasam tol keluar pergi TS tak bagi tau -___-

Alang-alang dorang dah dekat tu , so aku pon ajak lah dorang pergi . So cepat-cepat aku siap , drive pergi ktm klang ambik budak dua ekor tu . Lepastu pergi solat maghrib dekat masjid sultan menda ntah namanya . Agak sedih lah masjid nie , air xdo . Tempat solat perempuan pon agak terpencil dan jauh . Eventho aku lelaki , i do care about kemudahan untuk para wanita di luar sana . So married me ? Eh >__<

Abaikan ~

Thursday, April 4, 2013

Restoran Muhd Chan : Makanan Cina Muslim

Assalamualaikum

Sesampai je aku dekat Klang , parents aku datang ambik . Lepastu dengan baik hatinya ayah aku nie nak belanja makan dekat Restoran Muhd Chan . Bukan senang nak tengok ayah aku belanja makan tau .


Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...