Saturday, December 31, 2011

Presentation Week

Assalamualaikum !

Minggu nie merupakan minggu paling mencabar sebabnya aku ada dua presentation. Satu presentation untuk kelas English dan satu lagi presentation untuk kelas Agama Islam. 


Untuk kelas English, kitorang kena buat satu presentation mengenai satu inovasi yang berguna untuk diusulkan pada umum. Ianya hendaklah sesuatu yang baru dan luar biasa. Jadi, kumpulan aku datang dengan idea untuk menghasilkan cermin mata yang bukan sekadar cermin mata. Kami namakan projek kami nie sebagai X-spectro 101.


Gigih ya siap buat Facebook Page untuk promot produk inovasi kitorang. Konon nak menguatkan lagi inovasi yang kami reka nie. Luar biasa ! Berfikir di luar kotak. Lepastu siap buat video promosi bagai. Scene semua berbeza kononnya spek mata nie sesuai untuk semua lapisan umur. Ko ghase ? Gigih sangat kitorang nie.




Antara bahan lain yang kami buat ialah brochure dan juga kad nama. Ala-ala macam berniaga betul, walhal cuma acah-acah je. Sumpahlah kitorang memang all out betul masa nie demi nak dapat markah yang baik. Semua nie idea-idea ahli kumpulan aku. Dorang sangat-sangat kreatif dan berpengalaman dalam buat presentation. Aku nie noob lagi, so mengikut je.


Satu kumpulan 4 orang, dan pelajar lelaki dalam praktikum aku ada 6 orang sahaja. Jadinya, dua lelaki kena bekerjasama denga pelajar perempuan. Dan aku sangat-sangat bersyukur dappat satu kumpulan dengan Kak Amirah, Kak Sihah dan juga Hanah. 



Hari presentation tu memang sumpah cuak gila. Yelah, pertama kali nak buat presentation dalam kelas. Dahlah kena speaking English. Bertambah-tambahlah nervousnya. 



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Presentation kitorang berjaya dilaksanakan tanpa ada gangguan teknikal. Semua yang kami rancang, berjaya untuk disampaikan. 

-----------------------------------------------------------

Seterusnya ialah presentation untuk kelas Agama Islam. Tajuk yang kami dapat ialah berkenaan poligami. Satu tajuk yang agk sensitif untuk dibicarakan terutama sekali pada kalangan wanita. YYelah, siapa je yang suka dimadukan, betul tak ? Walaupun ia dibenarkan dalam Islam, tapi percayalah tak semua rela dan sanggup berkongsi kasih sayang.


Aku bab-bab hukum hakam agama tak hebat sangat. Tahu gitu-gitu je. Mujur ahli kumpulan aku yang lain lebih arif bab-bab nie. Dorangllah yang menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi dilontarkan pada kami sewaktu sesi soal jawab. 

Itu sahaja presentation yang aku lalui pada minggu ini. Agak mencabar sebab tak pernah buat presentation. Satu pengalaman yang bagus dan berguna. Seronok dapat bekerjasama dengan baik bersama ahli kumpulan. 

Post edited : July 2021

9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...