Saturday, February 19, 2011

Misai merupakan satu jenis bulu

                      Gambar dipilih secara random . Dan ternyata gambar ini sesuai 

 Entri kali ini berkenaan bulu-bulu .
Jangan baca kalau anda geli . Ini satu amaran !

Jam terus berlalu tanpa menunggu aku , "Arggghhh ! Dah lambat nak clock in"
Terus melulu ke komputer dan memasukkan nombor ID . Fuhh , nasib baik sempat .
Kalao waktu pagi , automatically akan terjumpa dengan Miss Kartika .
Dia nie manager aku . Dia nie agak tegas dan kelakar orang nya . Pandai speaking cina .
Dia paling pantang kalau pekerja dia berpakaian tak kemas . Lagi2 mengenai kebersihan diri 

Ada satu hari tu dia tegur aku , aku dah mula cuak . Macam2 dah dalam kepala otak aku nie
Eh dia nak marah aku ke ? Apa silap aku ? Nak kata lambat , x juga . Ermmm . . . . .

Miss : Ariff , Ariff , sini kejap .
Me : Ada apa erk Miss ? ( cuak , gelabah , meroyan , nak terkencing pon ada )
Miss : Misai banyak panjang lah Ariff . Bila mao potong itu misai ?
Me : Eh panjang ke ? ( Sambil meraba-raba misai aku ) . Nak kena potong ke ?
Miss : habis tu , x kena potong ke ?
Me : Kena kena kena ( melemparkan senyuman fake )
Miss : Dah besar la awak erk . Ada misai . Kira dah matang .
Me : =_='

Kata orang , makin di cukur , makin lebat nanti .
Sebab tu aku x cukur . Lagipon misai aku xde lah lebat mana pon .
Ala-ala hidup segan mati x mau . Sikit dan jarang-jarang . Dari jauh x nampak pon .
Pernah dulu aku cukur misai aku , ayah aku marah macam aku dah buat kesalahan besar je
Sensitif betol pasal hal-hal misai nie . Mungkin dia takut anak dia misai lebat kot . Hahahaha
Aku tengok orang bermisai pon aku geli ( maaf saya x maksodkan sapa2 )

FAKTA : Ayah aku pon bermisai jugak =_='

Masa hari raya , memang adat orang Melayu bersalam-salaman sesama ahli keluarga .
Bermaaf-maafan , kiss sana kiss sini . Ayah aku cium aku ? Uwaaaaaaa . . . .
Terasa bulu-bulu tu kena muka aku . Tapi x apa lah .
Nak tunggu bila lagi ayah aku cium pipi aku . Hari raya je lah .
Nak harap kan hari lain ? Hampehh je .
Salam cium tangan , peluk x sampai 3 saat lepastu blah .
Kalau dengan ibu aku lain sikit . Mesti kena cium pipi .WAJIB !
Kalau peluk , dah macam x nak lepas dah . Anak emak lah katakan . Hahahaa .

p/s : Aku belum cukur misai aku pon , sorry Miss Kartika :)

Wednesday, February 16, 2011

Kerja Jangan Malas !


                                              Pak Li Kopitiam In Banting

11 Februari genap sebulan aku kerja di Pak Li Kopitiam .
Sepanjang aku kerja di situ , banyak benda yang berlaku . Pahit manis semua ada .
Paling banyak mestilah yang manis . Apa yang membuatkan aku jatuh cinta kerja di situ ?
Mungkin pekerja2 di situ yang membuatkan aku gembira dan semangat untuk datang kerja .

First day kerja agak bingung sedikit . Banyak benda nak kena masuk otak .
Serve makanan dekat pelanggan , cara cuci tandas , hafal nombor meja , lap sudu garfu ,
cara penyediaan makanan , macam mana nak buzzing , hafal nama menu dan banyak lagi .
Sampai terlupa benda paling penting yang mesti kena tahu , iaitu nama2 staff .
Lalu aku kena marah dengan supervisor . Nama supervisor ? Ermmm biarlah rahsia .
Marah ?? "TEGUR" mungkin perkataan yang lebih sesuai . Marah macam kejam sangat je .

"___" : Engkau nak kerja lama kat sini ke or dua tiga hari kerja lepastu blah ?
Me : Nak kerja lama kat sini . 
"___" : So kau kena tahu nama2 staff kat sini .

Sangat terkejut , menusuk dan sakit hati masa nie . Rasa macam nak berhenti je .
Kesalahan aku bukannya besar mana pon . Aku cuma tanya jadual aku je .
Tiba2 dia melenting . Tapi terima jelahh . Salah aku jugak KOT .
Dah 3 hari kerja tapi masih lagi x tahu nama2 staff .
Lepas je peristiwa tu , aku terus hafal nama semua staff . Hebat ! ! !
Dan aku agak dingin dan takut dengan supervisor nie .
Tapi lama-kelamaan , aku suka plak kat dia . Sporting gila kot dia nie .

Bella sorang lah yang aku boleh borak masa hari pertama kerja .
Sebab dia kawan sekolah rendah aku . Jadi tak lah sunyi sangat .
Aku mula dapat lebih ramai kawan . Aku bergaul dengan budak2 kitchen dan bar .
Kebanyakannya daripada seberang . Semua nya lucu2 , peramah dan baik2 .
Mereka menggunakan bahasa Jawa . Aku faham apa yang dorang cakap .
Sebab ibu aku Jawa Melayu . Huhu . Cuma aku tak lah pandai sangat nak cakap .
Sikit2 tu boleh lah . Sesekali ada jugak cuba speaking Jawa dengan dorang .

Amnie menyertai Pak Li Kopitiam masa hari kelima aku kerja . Sumpah best gila !
Dia nie dah lah sekepala dengan aku . Asyik ketawa je kalau borak dengan dia .
Mana tak nya , satu sekolah kot aku dengan dia . Memang lah gila2 sikit.

Amalyna join Pak Li Kopitiam baru2 nie . Tapi dia kerja untuk sebulan je .
Dia kawan sekolah aku semasa aku berada di SAMUS KD .
Ramai kot peminat dia kat situ . Hampir semua staff nak ngurat dia .
Masa closing sama2 dia , aku tumpang kan dia balik ke rumah . Satu kampung dengan dia .
Dia tak ada transport . Tu pasal naik moto pagi2 buta berdua .
Staff lain panas je tengok aku bonceng dia balik rumah . Hahahaa

Baru2 nie ade PLU test . PLU merupakan kod2 makanan dekat situ .
Semua service crew kena hafal . Aku bingung masa nak hafal .
Tapi bila dah lama ambil order , terhafal sendiri pulak . Hahha
Aku dapat markah 93 . Huhu . Berjaya mengalahkan orang yang lebih lama kerja kat situ .
Tapi name tag aku masih lagi tulis "TRAINEE" . haihhh =_='
Name tag untuk service crew dah habis . Tengah dalam proses pembuatan  (x pasti)
Gaji tetap masyuk bhai . Tapi kena tolak 200 lebih sebab aku lewat 10 hari masuk kerja .

Paling aku tak suka sepanjang kerja kat Pak Li Kopitiam nie ialah nama panggilan aku .
"ARIFF" ?? Macam pelik je bunyi nya . Aku terpaksa biasa kan dengan panggilan nie .
Ada segelintir panggil aku dengan nama sebenar sebab aku lebih suka dipanggil ZHARIF


                                         PLU kod , order paper and name tag

Sepanjang aku kerja kat sini , ramai betul yang meragui halal haram makanan kat sini .
Di sini saya ingin menegaskan bahawa makanan di sini HALAL ! Ada sijil halal .
Kalau tak halal , tak ada nya aku nak jejak kaki kat sini .
Tapi nak buat macam mana kan , ada yang percaya dan ada yang tidak .
Jadi terpulanglah kepada individu masing2 . Penat aku nak layan soalan2 macam nie .

Yang pasti aku gembira kerja dekat sini dan aku bersyukur aku dah dapat kerja .
Penat cari kerja di Banting berulang2 kali , daftar nama berkali2 .
Tapi akhirnya , rezeki aku dekat Pak Li Kopitiam rupanya .
Pak Li Kopitiam tak ada dalam senarai aku langsung .
Fikiran aku tertumpu pada PIZZA PIZZA PIZZA .
Kawan aku yang berjaya dapat kerja di PIZZA tidak segembira aku yang bekerja di sini .
Hahaha . Ketawa besar aku masa dapat tahu HAL kawan aku tu .
HAL apa ? Gaji dia lahh . hahahaha . Dia kerja dah lebih 30 hari dan aku kerja baru 20 hari .
Tapi gaji aku lagi banyak daripada dia . Huhu .
Dia kerja di PIZZA tak ada sapa2 yang bantah, itu yang best tu .
Aku kerja dekat sini ramai kot yang bantah . Cuma itu lah yang buat aku rasa tak happy .

Ibu aku dan keluarga aku percaya dengan sijil halal yang tertera di Pak Li Kopitiam tu .
Dan di sebab kan kepercayaan inilah yang membuatkan aku masih lagi kerja di situ .

Sekian , terima kasih ~

Kepada sesiapa yang terasa , saya mohon maaf .
Saya memang memaksudkan diri anda sebenarnya . hahaha
Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...