Sunday, January 14, 2018

Scaling dan Polishing di Dentessence Dental Clinic

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku berkesempatan datang ke Dentessence untuk buat rawatan gigi. Kehadiran aku ke Dentessence disambut mesra oleh staf front desk. Seperti biasa, aku mengisi maklumat apa yang patut sebelum mendapatkan rawatan. Sudah lama sangat aku tidak buat rawatan gigi. Ketika ditanya bila kali terakhir membuat rawatan gigi, aku terdiam. Sebabnya memang dah lama sangat aku tak buat rawatan gigi. Aku pasti, jikalau soalan ini ditujukan buat korang, korang juga akan terpinga-pinga memikirkan bila.


Saturday, January 13, 2018

Bercuti 2H1M di Felda Residence Hot Springs, Sg Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie kami berada di Felda Residence Hot Spring yang terletak di Sg Klah Perak. Kedatangan kami disambut mesra dari staff-staff di sini. Dapat complimentary drink lagi. Memang kena sangat lah. Dapat air manis yang sejuk dikala matahari tegak di atas kepala. 

Thursday, January 11, 2018

Istiadat Konvokesyen UPSI ke-19, Hari Bahagia Seorang Zharif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

26 Oktober 2017, merupakan hari yang penuh bersejarah buat diri seorang Zharif, di mana pada hari itu merupakan hari konvokesyen aku. Hari yang aku tertunggu-tunggu setelah sekian lama habis belajar. Officially habis pada bulan February 2017. Actually lebih awal daripada tu. Rasa dah habis belajar saat hantar draft akhir thesis pada awal December 2016. So agak sedikit mereput nak tunggu tarikh konvo ini tiba. Bila diumumkan tarikh dan sesi, agak kecewa sedikit, sebabnya dapat hari dan sesi paling akhir sekali.

Thank you Syira for this screenshot ! Really appreciate it

Sunday, January 7, 2018

Pak Awang Mee Hailam Gearbox Terbaekk !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pak Awang Mee Hailam Gearbox yang terletak di Slim River Perak ini menjadi bualan ramai kerana gearbox nya yang fresh dan bersaiz besar pada harga yang sangat berpatutan. Pelanggan-pelanggannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia, baik dari utara mahupon dari selatan. Semua pasti akan singgah makan Mee Hailam Gearbox sekiranya berada di kawasan sekitar sini. Mee Hailam Gearbox merupakan signature dish di kedai makan ini.

Tengok sahaja saiznya. Nyummm !

Saturday, January 6, 2018

RISDA Eco Park, Ulu Slim Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu lalu, aku berpeluang pergi ke RISDA Eco Park yang terletak di Ulu Slim Perak bersama dengan team Travelogue Malaysia. Aku dimaklumkan bahawa kami akan melakukan banyak aktiviti lasak seperti flying fox, water rafting dan sebagainya di sini. Jadi aku sangat-sangat teruja detik ini untuk tiba !


Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...